Utusan Borneo (Sarawak)

Golf Sadong Bore bakal dianjurkan skala lebih besar pada tahun depan

-

KUCHING: Penganjur Pertanding­an Golf Sadong Bore yakin meneruskan acara tahunan itu dalam skala lebih besar pada masa akan datang dengan membuka penyertaan kepada pemainpema­in golf dari seluruh negeri.

Ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur, Kaunselor Japar Mustapha memberitah­u bahawa respons terhadap kejohanan tersebut tahun ini amat menggalakk­an dengan jumlah penyertaan meningkat dua kali ganda berband- ing tahun lalu.

“Semasa kita baharu bermula hanya 38 pemain mengambil bahagian namun jumlah itu kini meningkat dua kali ganda,” katanya pada majlis penyampaia­n hadiah dan penutupan kejohanan itu di Damai Golf and Country Club (DGCC) kelmarin.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simunjan, Awla Dris merupakan penaung kejohanan sehari itu bertujuan mengukuhka­n hubungan peserta terutama dari kawasan Sadong Jaya.

Sementara itu, Pengurus Besar DGCC Roslan Mohd Salleh muncul juara kategori VIP selepas mencatat skor 37 stableford mengikut kiraan semula (OCB).

Menduduki tempat kedua ADUN Daro, Safiee Ahmad disusuli Datuk Kamal Husin di tempat ketiga.

Dalam kategori ‘gross’ tetamu jemputan, Awang Sani Seruji menduduki tempat pertama selepas mencatat 80 pukulan.

Awang Madzelan di tempat kedua dengan 82 puku- lan manakala Abdul Hamid Lian dengan 85 pukulan di tempat ketiga.

Kategori ‘nett’ tetamu jemputan menyaksika­n Mohd Abdul Halimshah muncul juara dengan melakar skor 67 lima di bawah par disusuli Abdillah Dolhan dan Fathely Billy di tempat ketiga.

Dalam kategori ‘ gross’ Sadongians, Othman Junaidi meraih kedudukan pertama dengan 88 pukulan manakala DSP Mohd Shapiee Osman tempat kedua dan Zekaria Hussani tempat ketiga.

Japar Mustapha muncul juara kategori ‘nett’ Sadongians dengan 74 pukulan turut menyaksika­n Hipni Kanaini di tempat kedua dengan 75 pukulan dan Dr Lee Saat di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Safiee Ahmad memenangi hadiah untuk Longest Drive (LD) sejauh 227 meters pada Lubang 18. Turut menang anugerah sama ialah Choo Kueh Fong yang melakukan pukulan sejauh 245 meter pada Lubang 4.

Pemenang- pemenang hadiah ‘Nearest to the Pin’ (NTP) ialah Awang Madze- lan ( Lubang 15), Abdul Hamid Lian (Lubang 12), Afizan Mohamad (Lubang 8) dan Saizini Omar (Lubang 5).

Manakala pemenang ‘Nearest to the Line’ (NTL) Saidun Said (Lubang 16) dan Sapuani Jai (Lubang 7).

Awla menyampaik­an hadiah kepada pemenang turut dihadiri Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC), Datu Soedirman Aini dan Presiden Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

 ??  ?? TERIMALAH: Fazzrudin (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada perlawanan akhir kejohanan tersebut Ahad lalu.
TERIMALAH: Fazzrudin (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada perlawanan akhir kejohanan tersebut Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia