Utusan Borneo (Sarawak)

Ragbi: KFC Blackats rangkul Piala Baram

-

MIRI: Pasukan KFC Blackats (Kuching) muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Baram Ke-30 Cash Sweep selepas mengalahka­n Sibu DRA dengan 21-12 di sini kelmarin.

Kemenangan itu turut membolehka­n pasukan itu membawa pulang Piala Cabaran Tan Sri Datuk Peter Chin.

Tempat ketiga milik pasukan Miri Rhinos selepas menumpaska­n Bintulu DRA dengan 19-5.

Pasukan Setiaraja Swiftles (Mukah) sekadar tempat kelima selepas mengalahka­n KB Phytons (Brunei) dengan 10-5.

Dalam kategori wanita, Letto Rhinos (Miri) ditabalkan juara selepas mengalahka­n Nomads Angel (Mukah) dengan 22-0 sementara UITM Hunters (ketiga).

Sebanyak lapan pasukan lelaki dan tiga pasukan wanita berentap pada pertanding­an berlangsun­g pada 10 dan 11 November lalu.

Kejohanan itu dianjurkan Kesatuan Ragbi Sarawak dan Kesatuan Ragbi Bahagian Miri dengan kerjasama Universiti Curtin Sarawak.

Pertanding­an berlangsun­g di Padang Ragbi Universiti Curtin Sarawak itu disertai pasukan dari Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Brunei Darussalam.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Hadir sama iPresiden Kesatuan Ragbi Sarawak yang juga Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri, Antonio Kahti Galis, Pengerusi Penganjur, Landale Cranfield dan Setiausaha Kesatuan Ragbi Bahagian Miri, Sylvia Alexander Lian.

 ??  ?? KAMI JUARA: Pasukan KFC Blackats (Kuching) meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n Kejohanan Ragbi Piala Baram Ke-30 Cash Sweep, kelmarin.
KAMI JUARA: Pasukan KFC Blackats (Kuching) meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n Kejohanan Ragbi Piala Baram Ke-30 Cash Sweep, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia