Utusan Borneo (Sarawak)

‘Raja Sungai’, ikan empurau hidup masuki pasaran luar negara

-

SEJAK 12 tahun lalu, seorang usahawan Sarawak, memanfaatk­an peluang yang tidak dilihat banyak pihak dalam bidang akuakultur melalui pengeluara­n ikan air tawar tempatan yang sangat berharga, empurau atau nama saintifikn­ya Tor tambroides.

Dikenali sebagai ‘Raja Sungai’ dalam kalangan pengusahan restoran tempatan, permintaan terhadap ikan air tawar itu menyebabka­n ia mencecah harga cukup tinggi kerana bekalannya yang tidak selalu boleh diperoleh akibat tangkapan yang tidak terkawal, kaedah mendapatka­nnya yang merosakkan serta pencemaran di beberapa sungai yang menjadi habitat spesies ini.

Dengan harga borong ikan Empurau hidup RM600-750 sekilogram menjadikan ia ikan air tawar termahal di dunia.

Menyedari skop untuk pengkomers­ilan dalam pasaran eksport khusus, Pengarah LTT Aquacultur­e Sdn Bhd, Bill Lu Thian Tack, berkata syarikatny­a membangunk­an teknologi yang sewajarnya dan kemudahan bernilai RM5 juta bagi pengeluara­n Empurau hidup di Asajaya, Samarahan.

“Pada masa ini kami mempunyai kira-kira 100,000 ekor dengan pengeluara­n semasa kira-kira 100 ikan hidup sebulan yang mana ia adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara iaitu ke China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Brunei juga Semenanjun­g,” katanya ketika ditemui Bernama pada Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Pertanian dan Industri Asa Tani di Sarawak (ICAAS) 2018, di Kuching, baru-baru ini.

Katanya, syarikat berkenaan sentiasa melabur untuk penyelidik­an dan pembanguna­n bagi menyokong dan memperbaik­i kapasiti pengeluara­nnya dengan sasaran 200300 ekor sebulan, yang memberikan pendapatan bulanan melebihi RM300,000.

Lu berkata, untuk pasaran China, pada masa ini ia dianggarka­n 1,500 hingga 2,000 ekor sebulan dan syarikatny­a juga dalam proses berunding untuk mengadakan usaha sama di China awal tahun depan selepas yang pertama ditubuhkan di Guangzhou dua tahun lalu.

“Terdapat juga pertanyaan untuk Empurau hidup daripada Jakarta, Indonesia,” katanya dan menambah, untuk ladangnya di Asajaya, Empurau berkenaan diberi makan buah engkabang atau illipenut, sejenis pokok yang hanya boleh ditemui di Borneo yang menghasilk­an rasa berkualiti tinggi.” katanya.

Pada masa ini katanya, sumber makanan ikan itu diperoleh daripada Kalimantan Barat dan pokok engkabang hanya berbuah setiap lima tahun.

Sangat sukar untuk mendapatka­n Empurau liar di pasaran kerana aktiviti pembalakan di Sarawak dijalankan di sungai dan spesies ini hidup dalam sungai yang bersih, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai yang berbatu menyebabka­n ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari,” tambahnya. — Bernama

 ??  ?? BERKONGSI MINAT: Syukri (tujuh kiri) bersama rakan-rakan dari Limbang dan Brunei pada Program Fun Fly, baru-baru ini.
BERKONGSI MINAT: Syukri (tujuh kiri) bersama rakan-rakan dari Limbang dan Brunei pada Program Fun Fly, baru-baru ini.
 ??  ?? TERBESAR: Pengarah Syarikat LTT Aquacultur­e Sdn Bhd Bill Lu Thian Tack menunjukka­n spesies ikan empurau yang paling besar dengan nilai yang tinggi di Asajaya, Samarahan.
TERBESAR: Pengarah Syarikat LTT Aquacultur­e Sdn Bhd Bill Lu Thian Tack menunjukka­n spesies ikan empurau yang paling besar dengan nilai yang tinggi di Asajaya, Samarahan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia