Utusan Borneo (Sarawak)

‘Fun Fly’ himpunkan peminat RC tempatan dan Brunei

-

LEBIH 10 peserta dari Limbang dan negara Brunei Darussalam memeriahka­n Program ‘Fun Fly’ edisi kedua di Lapangan Terbang Lama Limbang, baru-baru ini.

Ketua Limbang RC Model Team yang juga penganjur program Mohammad Syukri Abdullah berkata, Fun Fly berjaya menghimpun­kan para peminat sukan itu khususnya dari negara jiran Brunei.

“Pemilihan Limbang sebagai tuan rumah bagi sukan sukan alat kawalan jauh (RC) amat bertepatan dalam usaha kita mempopular­kan sukan itu yang mempunyai ribuan peminatnya sendiri.

“Sukan ini bukan saja sebagai aktiviti riadah dan santai pada hujung minggu, tetapi dapat mencetuska­n aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan peminatnya,” katanya baru-baru ini.

Jelas Mohd Syukri, sebelum ini sukan ini kerap dimainkan rakanrakan kelab setiap hujung minggu dan waktu santai.

“Kali ini rakan-rakan dari Brunei turut hadir memeriahka­n program yang sama selain berkongsi minat serta hobi serupa dalam sukan itu,” katanya.

Beliau optimis edisi kedua program itu akan dapat mengukuhka­n lagi kerjasama dan hubungan baik dengan kelab yang sama di negara jiran.

“Aktiviti ini merupakan pilihan hobi yang sihat dan mencabar minda.

“Walaupun modal awal agak besar tetapi dengan pelbagai kemahiran teknikal, usaha, perkongsia­n kemahiran sesama ahli ia boleh menjadi suatu hobi yang sebenarnya mampu milik,” katanya lagi.

Aktiviti ini menurutnya, satu hobi yang merentas umur, jantina, agama, bangsa malah tidak dibatasi oleh sempadan negara memandangk­an bahasa yang sama dikongsi walau berbeza latar belakangny­a.

Program itu turut dihadiri Ketua Radio Control Aeromodell­ers Brunei (RCAB) Abu Bakar Metassim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia