Utusan Borneo (Sarawak)

‘Camp Fire’ makin ‘mengganas’ di California

Dianggap paling buruk dalam sejarah negara tatkala angka kematian meningkat kepada 29

-

PARADISE: Jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran hutan di California meningkat kepada 29 kelmarin, menyamai dengan yang paling buruk dalam sejarah negara ketika pasukan pencari menemui enam lagi mayat dalam operasi pencarian di seluruh kawasan kejadian.

“Camp Fire” – di kaki bukit utara di pergununga­n Sierra Nevada – adalah yang paling besar dan paling memusnahka­n daripada beberapa kemusnahan yang telah memaksa 50,000 orang meninggalk­an rumah mereka di sekitar negeri yang kering, membakar 6,400 rumah di pekan Paradise dan memusnahka­n ia sepenuhnya.

“Pada hari ini, tambahan enam mayat manusia telah ditemui, yang membawa jumlah sekarang kepada 29,” Syerif Kory Honea memberitah­u satu sidang media pada hujung hari keempat dalam usaha untuk mengawal kebakaran, menambah bahawa kesemua mayat telah ditemui di Paradise.

Dalam zon kebakaran di utara dan selatan California – di mana seramai sekurangku­rangnya 31 orang terbunuh – asap tebal menutupi ruang udara sejauh beberapa batu, di mana matahari hampir tidak kelihatan. Di kawasan tersebut, beberapa kereta telah terbakar hingga seperti bangkai besi buruk, sementara tiang elektrik turut hangus terbakar.

Seorang wartawan AFP melihat kakitangan pasukan pencari menemui, membungkus dan membbawa pergi dua mayat di kawasan Paradise kelmarin, dan angka kematian dijangka akan meningkat lagi dengan beberapa orang yang masih belum diketahui keadaan mereka.

Di hujung selatan negara, di mana “Woolsey Fire” telah mengancam rumah agam dan rumah bergerak seperti yang dimiliki oleh golongan selebriti di Malibu, angka kematian terhad kepada dua mangsa ditemui di dalam sebuah kenderaan di sebuah laluan persendiri­an.

Ketua Bomba Los Angeles County Daryl Osby memberitah­u wartawan mengenai rasa penghargaa­nnya kepada anggota bomba” yang telah melakukan segala yang termampu untuk menyelamat­kan puluhan ribu nyawa manusia dan ribuan ru- mah.”

Anggota penyelamat telah menghabisk­an masa beberapa jam pada Sabtu lepas mengumpul mayat di sekitar Paradise dan meletakkan mereka di dalam sebuah keranda hitam. Anggota badan telah dibawa dengan baldi, sementara bahagian yang masih sempurna telah dibawa di dalam beg mayat.

Di Holly Hills Mobile Estate beberapa rumah bergaraj telah kelihatan menjadi timbunan serpihan. Pita kuning polis diletakkan di kawasan yang telah ditandakan dengan “Doe C” dan “Doe D,” satu tanda mengerikan bagi mayat yang baharu dikeluarka­n.

Dimarakkan lagi dengan angin kuat, “Camp Fire” telah memusnahka­n 111,000 ekar dan hanya 25 peratus yang berjaya dikawal, menurut Cal Fire. Setakat ini, tiga daripada lebih 4,000 anggota bomba yang dikerahkan telah tercedera.

Arahan pemindahan telah dikeluarka­n kepada lebih satu suku daripada sejuta penduduk di sekitar California, dengan pihak berkuasa menggesa penduduk agar tidak mengabaika­n amaran untuk berpindah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia