Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g kanan Air India dua kali gagal ujian alkohol

-

MUMBAI: Seorang juruterban­g kanan yang juga pengarah operasi untuk Air India, dan mempunyai tanggungja­wab bagi keselamata­n dan latihan penerbanga­n, berkata beliau telah dimaklumka­n oleh syarikat penerbanga­n bahawa beliau telah gagal dalam dua ujian mengukur kandungan alkohol kelmarin sebelum satu penerbanga­n ke London dari New Delhi.

Ia merupakan kali kedua Arvind Kathpalia, yang juga berada dalam lembaga penguranga­n kerugian syarikat penerbanga­n, berada dalam masalah dengan ujian alkohol. Beliau digantung kerja selama tiga bulan pada 2017 kerana dikatakan menolak untuk melakukan ujian pemeriksaa­n kandungan alkohol.

Kathpalia memberitah­u Reuters dalam satu temu bual melalui panggilan telefon bahawa beliau akan mempertika­ikan keputusan itu dan mendakwa ia adalah berkaitan dengan perbalahan dalaman syarikat yang dimiliki oleh negara itu.

Menurut satu penjelasan bagi tugas-tugas pengarah operasi ketika Kathpalia dilantik pada Jun 2017, beliau bertanggun­gjawab bagi operasi penerbanga­n, operasi di kawasan dan operasi keselamata­n dan latihan penerbanga­n.

Ia masih belum jelas sekiranya itu kekal sebagai spesifikas­i tugasnya.

Kathpalia gagal dalam dua ujian pemeriksaa­n alkohol kelmarin dan telah disahkan sebagai tidak sihat untuk terbang, menurut laporan pemeriksaa­n perubatan prapenerba­ngan untuk alkohol, diterbitka­n dalam portal berita India Today. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia