Utusan Borneo (Sarawak)

GLC perlu tingkatkan prestasi

-

KUALA LUMPUR: Syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) harus mengamalka­n tadbir urus korporat dan perlu meningkatk­an prestasi mereka, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Ini sebabnya kerajaan mengeluark­an arahan.

“Kita mempunyai tadbir urus korporat yang baik, bukan sahaja tadbir urus awam untuk kerajaan, tetapi tadbir urus korporat yang mesti kita amalkan,” kata Lim.

Katanya, ini jelas dapat dilihat apabila kerajaan menghentik­an pelantikan ahli politik dalam lembaga pengarah GLC.

“Kesemua lembaga pengarah bukan daripada kalangan parti politik

“Mereka adalah daripada sektor swasta dan ini adalah langkah penting untuk mengarahka­n tumpuan daripada politik kembali kepada perniagaan dan prestasi,” tambah Lim dalam temu bual pada program radio BFM 89.9 Breakfast Grille, semalam.

Beliau menjawab soalan yang ditumbulka­n berhubung agenda transforma­si GLC memandangk­an banyak yang dilihat mempunyai prestasi yang lemah, dengan penarikan balik saham dan banyak yang menunggu arahan.

Lim menolak kata-kata di pasaran bahawa Tun Daim Zainuddin campur tangan dalam ekosistem GLC, dengan mengatakan ia sematamata khabar angin.

“Kita tidak boleh menghentik­an khabar angin, sama seperti khabar angin berkenaan cukai warisan, cukai keuntungan modal, sebelum Belanjawan 2019. Namun di penghujung hari, khabar angin ini akan menunjukka­n ia semata-mata khabar angin,” katanya.

Lim juga ditanya berkenaan Daim, bekas Menteri Kewan- gan yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan serta peranannya sebagai penasihat kerajaan.

“Beliau ( Daim) dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi Perdana Menteri sudah berulang kali menekankan bahawa di penghujung hari, beliau menerima nasihat daripada pelbagai sumber dan sudah tentu, bagi beliau, Daim adalah antara sumber utamanya.

“Bagaimanap­un, keputusan dibuat oleh Kabinet dan beliau ( Perdana Menteri). Nasihat diberikan, tetapi tidak semestinya diterima,” jelasnya.

Lim berkata, rakyat Malaysia harus menghormat­i peranan serta sumbangan yang dibuat oleh mereka ini (penasihat) untuk memberikan nasihat yang betul tanpa upah (pro-bono), termasuk Daim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia