Utusan Borneo (Sarawak)

Acara anugerah berprestij bakal mengiktira­f kecemerlan­gan amalan dalam industri hartanah Malaysia

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa Malaysia (FIABCI) Malaysia sekali lagi akan menganjurk­an satu majlis berprestij Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2018 bagi mengiktira­f kecemerlan­gan amalan dalam industri hartanah Malaysia yang ditunjukka­n oleh pemaju dan projek-projek mereka.

Bakal berlangsun­g di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 17 November ini, ia ibarat sebagai ‘Oscar’ industri hartanah tempatan kerana para pemenang Anugerah Harta Malaysia 2018 dilihat mampu memberi saingan kepada rakan-rakan antarabang­sa.

Sejak edisi pertama Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia pada tahun 1992, FIABCI Malaysia telah menganuger­ahkan pelbagai anugerah penghormat­an kepada para pemaju hartanah dan projekproj­ek yang telah diusahakan sekali gus menjadikan ia sebuah pengiktira­fan yang paling didambakan peserta industri.

Setiausaha Agung FIABCI Malaysia Dr Yu Kee Su berkata, Anugerah Hartanah katanya.

Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2018 memainkan peranan penting dalam memperjuan­gkan kecemerlan­gan dalam industri hartanah. Kesemua penyertaan (projek) yang layak ke anugerah berkenaan diiktiraf sebagai terbaik antara yang terbaik dalam industri.

Presiden FIABCI Michael Geh Thuan Peng berkata, anugerah ini bukan sahaja memberikan pengiktira­fan tertinggi kepada industri harta tanah dan hartanah tempatan, tetapi ia juga menjadi penanda aras bagi para pemaju untuk terus membangunk­an projek-projek cemerlang setaraf dengan projek di luar negara.

“Oleh itu, kami sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti anugerah, seperti mengkaji semula kriteria penghakima­n dan kategori anugerah dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anugerah itu sentiasa mengikuti trend terkini dalam industri.

“Setiap projek akan dipilih berdasarka­n penilaian empat peringkat dan hanya yang terbaik sahaja akan dipilih. Ini adalah untuk memastikan setiap syarikat dan pelaksanaa­n projek menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak kami secara menyeluruh.

“Penilaian akan dibuat berdasarka­n kriteria-kriteria seperti konsep, reka bentuk, perancanga­n pembinaan dan sebagainya,” katanya.

Tambah Michael lagi, bagi Anugerah Property Man dan Anugerah CEO, kedua-dua pemenang ini dipilih berdasarka­n merit dan komitmen mereka dalam industri hartanah.

“Kami akan melihat semua aspek yang penting untuk memilih pemenang bagi kedua-dua anugerah ini dan setiap penyertaan akan diadili secara terus dan saksama. Setiap proses pengadilan akan memakan masa hampir tiga bulan,” katanya.

FIABCI Malaysia mula bertapak di Malaysia pada tahun 1975 dan ia memainkan peranan penting dalam menghubung­kan pemain hartanah Malaysia di kalangan pengamal industri, baik di dalam dan luar negara.

Anugerah ‘ World Prix d’Excellence FIABCI 2019’ akan diadakan di Moscow, Rusia. Jawatankua­sa penganjur Anugerah Harta Malaysia 2018 berharap semua pemenang Malaysia akan sekali lagi menempa kejayaan di Oscar industri hartanah di peringkat global.

 ??  ?? MICHAEL GEH
MICHAEL GEH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia