Utusan Borneo (Sarawak)

-

FIABCI Malaysia ini dihakimi oleh hakim-hakim yang berpengala­man dalam bidang industri hartanah.

“Kesemua penyertaan (projek) yang layak ke anugerah berkenaan diiktiraf sebagai terbaik antara yang terbaik dalam industri dan secara automatik akan melayakkan diri bertanding untuk memenangi Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence,” katanya ketika sesi wawancara bersama wartawan Utusan Borneo dan Oriental Daily News di One World Hotel, baru-baru ini.

Yu Kee Su berkata, bagi Anugerah FIABCI, pemenangny­a akan dipilih berdasarka­n penilaian empat peringkat.

Menurutnya, penilaian pertama dibuat menerusi lawatan ke tapak projek yang akan dibuat oleh sekumpulan pasukan penilai bagi menilai setiap projek hartanah peserta.

“Ia kemudian diikuti dengan pembentang­an kepada jawatankua­sa FIABCI sendiri yang bertujuan untuk memastikan maklumat dan fakta projek selain menyingkir­kan peserta atau projek yang tidak layak atau tidak mencapai standard.

“Selepas itu, projek tersebut akan diadili oleh barisan panel juri yang terdiri daripada persatuan hartanah tempatan dan pakar hartanah antarabang­sa.

“Proses pengadilan ini bagi mengenal pasti isu-isu teknikal projek dan memilih projek terbaik yang layak ke peringkat seterusnya,”jelas beliau.

Tambah Yu lagi, untuk peringkat terakhir, sesi pengadilan akan membabitka­n barisan panel juri bebas yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang hartanah dan bukan hartanah.

“Untuk tahun ini, kami turut mempunyai panel juri bebas dari negara lain seperti Taiwan, Indonesia dan Singapura. Ini juga adalah kali pertama kami melantik panel juri bebas dari negara lain agar semua projek dapat diadili secara adil dan telus,”

 ??  ?? YU KEE SU
YU KEE SU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia