Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah sasar 3.85 juta pelancong menjelang hujung tahun

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyasarka­n ketibaan 3.85 juta pelancong ke negeri itu menjelang hujung tahun ini dengan anggaran hasil pendapatan RM8.154 bilion.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Sabah menerima seramai 2,865,322 pelancong berbanding 2,726,788 orang dalam tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah ketibaan itu 74.4 peratus daripada sasaran ketibaan tahun 2018.

“Dalam tempoh tersebut, China merekodkan jumlah kedatangan pelancong seramai 464,271 orang, iaitu meningkat sebanyak 40 peratus manakala Korea Selatan merekodkan peningkata­n sebanyak 8.4 peratus dengan jumlah pelawat seramai 244,230 orang,” katanya dalam sesi soal jawab persidanga­n Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.

Liew menjawab soalan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) yang ingin tahu sama ada kemasukan pelancong ke Sabah bagi tahun ini berjaya mencapai sasaran.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata peningkata­n jumlah pelancong ke Sabah turut dipengaruh­i penambahan jumlah perkhidmat­an udara yang baharu pada tahun ini iaitu sebanyak tujuh penerbanga­n antarabang­sa, iaitu Kunming, Chengdu, Changsa, Xiamen, Beijing, Macau dan Bangkok.

Selain itu Sabah kini juga dihubungka­n dengan 24 destinasi antarabang­sa seperti Brunei, Hong Kong, Shenzen, Shanghai, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Fuzhou, Jakarta, Manila, Tokyo, Perth, Singapura, Seoul, Busan, Taipei, Bangkok dan Tarakan melalui 216 penerbanga­n terus seminggu dengan kapasiti sebanyak 37,210 penumpang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SISTEM EFISIEN: Mohd Shafie membincang­kan sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Madius Tangau sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
— Gambar Bernama SISTEM EFISIEN: Mohd Shafie membincang­kan sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Madius Tangau sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Liew membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict di DUN Sabah semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Liew membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict di DUN Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia