Utusan Borneo (Sarawak)

Sebagai pewaris kepimpinan negara semua berhak terima bantuan

-

KENINGAU: Persatuan Penternak Tenusu Sabah mencadangk­an agar kerajaan baharu tidak mengklasif­ikasikan status murid bagi melayakkan mereka menerima bantuan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Pengerusin­ya Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fook berkata ini kerana kesemua murid sekolah bermula daripada tadika hingga tahun enam, seharusnya berhak untuk menerima bantuan susu itu tanpa sebarang prejudis.

“Soal anak miskin atau kaya tidak timbul dalam soal ini (penerima)...sasaran kita ialah untuk melahirkan pewaris kepimpinan negara. Generasi kita, pewaris kerajaan pada masa hadapan seharusnya dalam kalangan yang sihat.

“Saranan saya ialah supaya semua murid diberi hak untuk meminum susu itu...ia hanya sekotak seorang atau 160 kotak setahun yang berharga dalam lingkungan lebih RM200 setahun,” katanya kepada Bernama di sini.

Program Susu 1Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) merupakan pakej Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dikhaskan untuk muridmurid dalam kalangan keluarga miskin (daif) yang diperkenal­kan sejak tahun 1983.

Yap berkata kerajaan juga perlu menyemak semula dasar penentuan jenis susu untuk program itu kerana susu untuk pelajar seharusnya susu segar yang bebas gula dan kaya dengan kalsium serta protein yang sangat diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak dan bukannya susu berperisa.

“Susu berperisa dirumus dengan adunan susu tepung, gula dan perisa...minuman ini boleh mengakibat­kan kegemukan, tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk otak serta kecergasan kanak-kanak yang sedang membesar,” katanya.

Yap yang juga anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara berkata pembekal susu bagi program itu sepatutnya dipilih dalam kalangan pengusaha tenusu yang berkeupaya­an di negara ini bagi memastikan susu yang dibekalkan berkualiti dan benar-benar terjamin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia