Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 27 November

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone) dilanjutka­n hingga 27 November, berkuat kuasa mulai semalam dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan serta Beluran dan mereka yang tinggal di kawasan itu diminta berada di dalam rumah dalam tempoh tersebut.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytihar­kan antara jam 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Katanya perintah berkurung berkenaan juga adalah bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Perintah berkenaan juga katanya akan memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

Omar berkata, berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah ESSZone untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia