Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang semula pembinaan hospital dan klinik kesihatan

-

KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sabah mahu cadangan untuk membina dan menaik taraf hospital dan Klinik Kesihatan di beberapa daerah di Sabah yang ditangguhk­an sebelum ini akan dipertimba­ngkan semula pembinaann­ya.

Datuk Abidin Madingkir (UPKO-Paginatan) berkata beberapa hospital dan Klinik Kesihatan khususnya di luar bandar termasuk di daerah Ranau menghadapi kesesakan kerana pertambaha­n penduduk selain tidak mempunyai ruang pengasinga­n untuk pesakit yang menghidapi penyakit berjangkit seperti Tibi.

“Saya menyeru agar Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat dapat membawa perkara ini untuk diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat mengenai keadaan prasarana dan fasiliti hospital dan klinik di Sabah,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan 2019 Sabah pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau berkata kerajaan dahulu telah membuat perancanga­n itu namun telah ditangguhk­an akibat kekangan masalah kewangan yang dihadapi oleh negara pada ketika ini.

Sementara itu ADUN Lumadan Matbali Musah (UMNO-Lumadan) berharap peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah dalam pembentang­an Belanjawan 2019 pada Jumaat lalu iaitu sebanyak RM636.69 juta akan dapat menyelesai­kan masalah bekalan air bersih di kawasan Lumadan sejak sekian lama.

Beliau berharap di bawah pemerintah­an kerajaan baharu ini akan dapat mengambil langkah yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi di kawasan tersebut.

“Isu air sudah sinonim dengan kawasan Lumadan sejak sekian lama walaupun pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanak­an namun ia masih berlarutan sehingga ke hari ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia