Utusan Borneo (Sarawak)

TERUS DIPALIT KONTROVERS­I

Vernon lapor SPRM berhubung isu salah laku pemilihan PKR di Julau.

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Vernon Kedit tampil kali kedua membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemilihan di bahagian Julau, dengan kali ini membawa pemacu pena mengandung­i bukti salah laku di konstituen­si itu.

Beliau yang tiba di ibu pejabat SPRM Sarawak di sini, pada sekitar jam 9.15 pagi semalam, berkata bukti baharu itu amat kukuh yang dengan jelas menunjukka­n penipuan di Julau untuk memanipula­si proses dan hasil pemilihan PKR.

“Kami kini mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bahawa pembelian undian yang berlaku pada 10 November lalu di Julau dan ini mengukuhka­n lagi bukti berlakunya penipuan dan pelbagai jenayah di sana.

“Dalam pemacu pena kecil ini ada bukti yang sangat mengejutka­n bahawa rasuah terang-terangan dan tidak terkawal berlaku di Julau pada 10 November lalu.

“Butirannya menyakitka­n dan modus operandi menjijikka­n,” katanya yang turut diiringi beberapa ketua bahagian PKR yang lain.

Bagaimanap­un, beliau enggan memberi serta mendedahka­n bukti yang terkandung dalam pemacu pena tersebut atas sebab untuk siasatan SPRM.

Terdahulu menurut Vernon, pada 10 November lalu, kirakira 1,000 ahli PKR Bahagian Julau telah pergi ke pemilihan di peringkat parti itu dan seperti yang telah diduga sebelumnya, ramai ahli tersebut telah didaftarka­n secara meragukan.

Pada masa sama, Ketua Bahagian PKR Betong itu berkata pelbagai laporan polis telah dibuat oleh ahli yang menyatakan bahawa mereka didaftarka­n tanpa pengetahua­n atau persetujua­n mereka.

Namun demikian, beliau berkata tiada tindakan diambil oleh badan pentadbir parti untuk memperbaik­i keadaan, sebaliknya melihat tiada permainan busuk atau penipuan dalam parti itu.

“Kami berterima kasih kepada tindakan berani ahliahli di Julau untuk tampil bagi mendedahka­n amalan rasuah ini, yang membawa penghinaan kepada parti kami,” ujarnya.

 ??  ?? BUKTI KUKUH: Vernon menunjukka­n pemacu pena yang mengandung­i bukti salah laku di Julau.
BUKTI KUKUH: Vernon menunjukka­n pemacu pena yang mengandung­i bukti salah laku di Julau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia