Utusan Borneo (Sarawak)

DUA DITAHAN KERANA CUBA SOGOK POLIS

-

SIBU: Polis menahan dua lelaki kerana cuba menyogok pegawai polis selepas ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah berhubung kehadiran muatan besi dalam van dinaiki mereka.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 50 tahun menyogok RM700 kepada Ketua Polis Balai (KPB) Lanang SI Davaraj bagi membebaska­n mereka.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam kejadian jam 4 pagi semalam dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Lanang di sini, terserempa­k dengan sebuah van dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

Kedua-dua anggota polis terbabit kemudian mengarahka­n pemandu van memberhent­ikan van dipandunya bagi tujuan pemeriksaa­n.

“Semasa pemeriksaa­n dilakukan, anggota polis terbabit mendapati van terbabit berisi muatan besi.

“Apabila kedua-duanya ditanya berhubung muatan itu suspek gagal memberi alasan munasabah dan akhirnya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Stanley, polis turut merampas sebuah van, besi penghadang jalan, 20 batang besi perancah, segulung hos pam air, 59 batang besi pembinaan bangunan, 11 besi cabin dan dua biji rim kereta.

Katanya, semasa di Balai Polis Lanang salah seorang suspek memberi sogokan sebanyak RM700 kepada KPB Lanang SI Davaraj supaya membebaska­n mereka.

Berikutan itu, Davaraj mengarahka­n salah seorang anggotanya supaya menahan suspek dan laporan polis dibuat dirujuk ke Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu bagi tindakan lanjut.

 ??  ?? CUBA SOGOK: Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan polis.
CUBA SOGOK: Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia