Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM jamin siasat dakwaan rasuah pemilihan PKR

Laporan, bukti dakwaan telah diterima daripada Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit semalam

-

Siasatan sedang dijalankan. Ya (kita menerima laporan dan bukti) pagi ini (semalam). Razim Mohd Noor Pengarah SPRM Sarawak

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) memberi jaminan akan menyiasat dari setiap sudut dakwaan amalan rasuah dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak.

Menurut Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor, pihaknya telah menerima laporan dan bukti dakwaan itu daripada Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit di ibu pejabatnya di sini, semalam dan akan melakukan yang terbaik bersama pasukannya.

“Siasatan sedang dijalankan. Ya (kita menerima laporan dan bukti) pagi ini (semalam),” katanya kepada The Borneo Post.

Razim berkata maklumat disalurkan PKR Sarawak merupakan maklumat sokongan kepada kes yang sedang disiasat.

“Kita anggap ini sebagai maklumat tambahan,” katanya sambil mengesahka­n seorang kakitangan daripada pejabat PKR Julau sedang disiasat selepas SPRM menerima laporan pertama daripada PKR Sarawak baru-baru ini.

Razim turut mengesahka­n bahawa SPRM memantau rapat pemilihan PKR di Julau dan melaporkan perkembang­an kes kepada ibu pejabat setiap hari.

Beliau berkata, tindakan berhubung siasatan yang mereka hentikan sementara pada minggu lepas untuk memberi ruang kepada PKR Sarawak menjalanka­n pemi- lihan parti, akan disambung semula selepas ini.

Terdahulu, Vernon ketika membuat laporan SPRM sekitar jam 9.10 pagi semalam, turut menyerahka­n pemacu jari mengandung­i bukti dakwaan rasuah yang berlaku di PKR Cabang Julau pada pemilihan parti pada Sabtu lalu.

“Kami kini mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bahawa pembelian undian yang berlaku pada 10 November lalu di Julau dan ini mengukuhka­n lagi bukti berlakunya penipuan dan pelbagai jenayah di sana.

“Dalam pemacu jari yang kecil ini ada bukti yang sangat mengejutka­n bahawa rasuah terang-terangan dan tidak terkawal berlaku di Julau pada 10 November lalu.

“Butirannya menyakitka­n hati dan modus operandi menjijikka­n,” kata Vernon yang turut diiringi beberapa ketua bahagian PKR yang lain.

 ??  ?? RAZIM MOHD NOOR
RAZIM MOHD NOOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia