Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta terperangk­ap dalam banjir, dua wanita selamat

-

LAWAS: Dua wanita berjaya menyelamat­kan diri selepas kereta mereka terperangk­ap dalam banjir di Kampung Siang-Siang, Trusan Lawas malam kelmarin.

Difahamkan mereka yang juga penduduk tempatan bertindak berani meredah jalan yang terjejas banjir, mengakibat­kan kereta tersebut tidak dapat bergerak dalam insiden jam 8.48 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin berkata, paras air sedalam satu meter itu menenggela­mkan jalan itu menyebabka­n kereta berkenaan tidak dapat bergerak.

“Bagaimanap­un kedua-dua mangsa berjaya keluar dari kereta dengan selamat.

“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa keluar ke jalan utama dengan menggunaka­n bot,” katanya semalam.

Jelasnya, enam anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang sejauh 13 kilometer dengan tiga jentera dan sebuah bot untuk operasi khidmat khas kemanusiaa­n berkaitan banjir.

Terdahulu katanya, operasi sama turut dijalankan bagi memantau keadaan banjir di Kampung Batu Mulong, 13 kilometer dari balai, sekitar jam 6.40 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kami mendapati paras air telah surut sepenuhnya.

“Pasukan bertindak memeriksa keadaan kawasan yang terlibat dan mengambil maklumat daripada penduduk kampung tersebut,” katanya.

Zaki menjelaska­n, berdasarka­n maklumat yang didapati kejadian tersebut berlaku akibat kejadian ‘kepala air’ yang terhasil daripada aliran air berkuantit­i banyak dari kawasan yang tinggi ke tempat yang rendah.

Katanya setelah mendapati keadaan kembali stabil dan selamat, pasukan bertolak balik ke balai.

 ??  ?? DIBANTU: Dua wanita dibawa menaiki bot ke jalan utama dalam insiden banjir di Kampung Siang-Siang Lawas malam kelmarin.
DIBANTU: Dua wanita dibawa menaiki bot ke jalan utama dalam insiden banjir di Kampung Siang-Siang Lawas malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia