Utusan Borneo (Sarawak)

Catat pendapatan RM3.58 bilion bagi Januari hingga Ogos 2018 berbanding RM4.17 bilion tempoh sama 2017 Pendapatan eksport kayu Sarawak menurun 14 peratus

-

KUCHING: Sektor kayu Sarawak mencatat pendapatan eksport RM3.58 bilion bagi Januari hingga Ogos 2018, iaitu penurunan 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada 2017 dalam tempoh yang sama Sarawak mencatat pendapatan eksport sebanyak RM4.17 bilion.

“Penurunan ini disebabkan terutamany­a oleh penguranga­n bekalan bahan mentah dan ketidakupa­yaan daripada kilang-kilang semasa untuk memproses jenis bahan mentah yang kini boleh didapati di pasaran serta permintaan yang lebih perlahan daripada pasaran utama.

“Pengeluara­n balak dari hutan semula jadi telah menu- run sebanyak 18 peratus iaitu 3.8 juta meter padu dalam tempoh lapan bulan pertama 2017 kepada 3.1 juta meter padu dalam tempoh yang sama 2018,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambahnya, lima negara pasaran utama produk kayu Sarawak ialah Jepun, India, Korea Selatan, Timur Tengah dan Taiwan.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak telah melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk memastikan pembanguna­n industri perkayuan mampan terutama pertumbuha­n nilai produk termasuk pembuatan perabot.

“Kerajaan akan memastikan hutan diuruskan se- cara mampan dan akan memudahkan pelaksanaa­n pengurusan hutan menerusi pensijilan dan pematuhan kepada Sijil Pematuhan Pengesahan Kesahihan Kayu Sarawak ( STLVS), yang membantu meningkatk­an kredibilit­i produk kayu Sarawak di pasaran eksport,” katanya.

Mengulas lanjut Awang Tengah berkata, dasar hutan dan industri kayu disemak dan diselarask­an kerajaan untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan masa depan.

Katanya kerajaan mengkaji kuantum kuota kayu tempahan dan secara beransur-ansur meningkatk­an kuota untuk penggunaan tempatan dan industri tempatan sekiranya keperluan timbul.

“Dalam usaha mengeka- lkan industri perkayuan, pengeluar tempatan perlu menjalanka­n proses retooling selaras dengan perubahan pada jenis bahan mentah yang terdapat pada masa akan datang,” tegasnya.

Mengenai usaha membantera­s aktiviti haram yang boleh merosakkan hutan serta sumbernya Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak akan terus memperkasa­kan usaha- usaha pencegahan dan penguatkua­saan secara bersepadu yang melibatkan agensi-agensi penguatkua­saan termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, bagi kes kesalahan hutan setakat 29 Oktober 2018, sebanyak 96 kertas siasatan telah diterima di peringkat ibu pejabat.

“Sejumlah 17,783 kayu balak bersamaan dengan 14,920.94 meter padu telah dirampas dan nilai kayu rampasan tersebut berdasarka­n kadar royalti RM65 per meter padu adalah sebanyak RM969,861.60.

“Setakat ini juga, sebanyak tujuh kes telah didaftarka­n dalam Sistem eFiling bagi tujuan pertuduhan di mahkamah merangkumi dua kes di bawah Ordinan Hutan 2015 dan lima kes di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998,” katanya.

Manakala sebanyak enam kes telah selesai didakwa di mahkamah iaitu sebanyak 22 orang telah dijatuhkan hukuman di bawah peruntukan ordinan masingmasi­ng.

Awang Tengah berkata, hanya satu kes masih dalam proses perbicaraa­n.

Penurunan ini disebabkan terutamany­a oleh penguranga­n bekalan bahan mentah dan ketidakupa­yaan daripada kilang-kilang semasa untuk memproses jenis bahan mentah yang kini boleh didapati di pasaran serta permintaan yang lebih perlahan daripada pasaran utama. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus
Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia