Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan ukur NCR bagi 2019 diagih ikut keperluan kawasan

-

KUCHING: Peruntukan bagi Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu bagi tahun 2019 akan dipertimba­ngkan untuk diagihkan mengikut keperluan pengukuran sesuatu kawasan.

Timbalan Ketua Menteri juga Menteri Pembanguna­n Besar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebelum ini, kerajaan persekutua­n terdahulu amat prihatin terhadap perlunya pengukuran tanah NCR walaupun mereka tahu perkara tersebut di bawah bidang kuasa negeri.

“Malangnya dalam Belanjawan Persekutua­n 2019, yang dibentangk­an barubaru ini, tidak dinyatakan secara spesifik peruntukan untuk meneruskan program ini.

“Memandangk­an tiada peruntukan spesifik diluluskan kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di peringkat persekutua­n pada tahun depan untuk program ini, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyediaka­n peruntukan kewangan bagi program ini,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, malahan tidak diketahui sama ada kerajaan persekutua­n akan terus memberi pembiayaan atau sebaliknya.

Awang Tengah berharap dan menyeru kepada kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan agar terus memperuntu­kkan dana bagi kelangsung­an program itu.

“Seandainya peruntukan tidak diperoleh daripada kerajaan persekutua­n, saya yakin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan menyediaka­n dana tersebut kerana ini adalah sesuatu yang amat diperlukan rakyat terutama dalam kalangan masyarakat Bumiputera,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa berusaha mempercepa­tkan pengukuran NCR yang sahih dengan melaksanak­an pengukuran di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu dengan peruntukan dibiayai kerajaan persekutua­n.

Beliau berkata Sejak pelaksanaa­nnya pada Oktober 2010, sejumlah RM161 juta telah diperuntuk­kan dan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 sahaja sejumlah RM90 juta telah diluluskan.

Dalam peringkat pertama, pengukuran secara perimeter dilaksanak­an untuk pewartaan kawasan tersebut sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Setakat Oktober 2018, seluas 870,265 hektar telah berjaya diukur perimetern­ya dan daripada jumlah tersebut, seluas 687,258 hektar di seluruh Sarawak telah diwartakan,” katanya.

Mengenai pembayaran balik lebihan premium bagi lot kediaman di semua Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK), beliau berkata ia selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2019 dan bukan pada 31 Oktober 2018 sebagaiman­a yang didakwa sesetengah pihak melalui media massa.

“Permohonan bayaran balik premium bagi lot kediaman di semua Skim Penempatan Semula ( SPS) dan Skim Pembesaran Kampung ( SPK) perlu dikemukaka­n kepada Jabatan Tanah dan Survei ( JTS).

“Ia untuk mendapatka­n bayaran balik lebihan premium tersebut selewatlew­atnya pada 31 Oktober 2019 dan bukan 31 Oktober 2018 seperti yang didakwa sesetengah pihak melalui media massa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia