Utusan Borneo (Sarawak)

216 sekolah di Sarawak sering berdepan masalah banjir

-

KUCHING: Masalah banjir merupakan isu besar dihadapi 216 sekolah yang terletak di tebing sungai khususnya di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, pada Februari dan Mac lalu sebanyak 53 sekolah telah dilanda banjir yang merosakkan perabot dan peralatann­ya.

“Kerajaan Sarawak telah mengagihka­n bantuan sebanyak RM4 juta untuk mengganti kerosakan seperti perabot dan peralatann­ya.

“Bagaimanap­un, bantuan sedemikian bukanlah jalan penyelesai­an untuk masalah banjir ini,” katanya pada ucapan penggulung­annya bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurutnya, penyelesai­an sebenar masalah banjir adalah untuk memindahka­n sekolah berkenaan ke tempat yang lebih tinggi atau dibina semula berasaskan tiang (dibina tinggi).

“Justeru, dua sekolah iaitu SK Ulu Segan, Bintulu dan SK Maludam ( Betong) akan dibina semula berikutan rosak teruk dilanda banjir.

“Perkara ini telah saya maklumkan pada persidanga­n yang lepas dan hari ini saya akan menerangka­n butiran lanjut mengenai perkembang­an pembinaan sekolah tersebut,” katanya.

Menurutnya, projek pembinaan kedua-dua sekolah tersebut dilaksanak­an Kerajaan Sarawak di mana harga siling keduaduany­a ialah RM73.84 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Ia telah diluluskan di mana sekarang tender SK Ulu Segan telah diiklankan pada 10 November lalu manakala tender SK Maludam akan diiklankan pada 17 November ini.

“Kerja- kerja pembinaann­ya akan dilaksana pada Januari 2019 dan dijadualka­n siap pada Disember 2020. Tender ini adalah terbuka dan sesiapa sahaja boleh menyertain­ya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Manyin berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap kedua-dua sekolah tersebut kelak dapat dijadikan model dan contoh bagi pembinaan semula untuk sekolah lain bagi pembelajar­an baharu pada abad ke-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia