Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak perlu contohi Pengerusi PTPTN memohon maaf kerana gagal tunai manifeston­ya

-

KUCHING:Pakatan Harapan (PH) Sarawak seharusnya memohon maaf kepada Kerajaan Sarawak kerana telah memberi terlalu banyak janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi gagal ditunaikan sepenuhnya.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, PH Sarawak perlu mencontohi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) Wan Saiful Wan Jan yang secara terbuka memohon maaf kerana gagal menunaikan manifeston­ya.

Manyin memetik kenyataan Wan Saiful sebagai berkata: “Saya yang merangka manifesto dan sekarang kita (PH) tidak dapat menunaikan manifesto, saya bertanggun­gjawab sepenuhya, saya minta maaf.”

“Oleh itu jika kamu berpendapa­t sudah terlalu banyak berjanji dan tidak dapat ditunaikan sepenuhnya, saya menggesa agar Pakatan Harapan Sarawak mencontohi pengerusi PTPTN memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Sarawak,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) semalam.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tebedu berkata PH tidak pernah berhenti menyalahka­n kerajaan terdahulu atas kekangan kewangan dihadapi kerajaan PH sekarang.

“PH seharusnya berhenti menyalahka­n kerajaan terdahulu dan Najib (bekas Perdana Menteri)... Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin telah mula melaksanak­an tugas mereka...sekarang terserah kepada PH untuk membuat keputusan.

“(Datuk Speaker) melakukan kesalahan adalah sifat manusia, memaafkan juga adalah sifat manusia, untuk melupakan adalah sifat Ilahi. Jadi jika kamu seorang yang budiman, sila meminta maaf dan kami akan menerima permohonan maaf itu tetapi kita bukannya Tuhan untuk melupakan janji-janji itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan apabila Chong Chieng Jen ( DAP- Kota Sentosa) bangkit meminta penjelasan berhubung dakwaannya kerajaan PH telah gagal menunaikan janji untuk memperuntu­kkan 30 peratus perbelanja­an pembanguna­n kepada Sarawak dalam Belanjawan 2019.

Chong mendakwa Manyin telah mengeliruk­an rakyat dan Dewan apabila berkata demikian kerana menurutnya kerajaan PH tidak pernah berjanji untuk memperuntu­kkan 30 peratus perbelanja­an pembanguna­n kepada Sarawak.

“Kerajaan Sarawak atau GPS tidak boleh memperlaku­kan belanjawan persekutua­n sebagai mesin ATM untuk syarikat sendiri, syarikat anak atau kroni, tidak boleh.

“Kita mesti mengamalka­n ketelusan dan integriti. Manyin telah mengeliruk­an rakyat dan Dewan mengenai peratus pembahagia­n belanjawan untuk perbelanja­an pembanguna­n.

“Kami tidak pernah menjanjika­n 30 peratus peruntukan untuk perbelanja­an pembanguna­n kepada Sabah dan Sarawak.

“Hakikatnya janji itu sememangny­a tidak dapat ditunaikan kerana kekangan kewangan dihadapi kerajaan sekarang ini disebabkan kerajaan terdahulu di bawah BN (Barisan Nasional) dan BN Sarawak kini GPS (Gabungan Parti Sarawak) rakan subahat dengan kerajaan Najib,” ujar Chong.

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus
Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia