Utusan Borneo (Sarawak)

47 sekolah diperuntuk RM17 juta bagi projek pembanguna­n sekolah

-

KUCHING: Sebanyak 47 sekolah di Sarawak telah diperuntuk­kan RM17 juta di bawah Inisiatif Transforma­si Luar Bandar (RTI) bagi projek-projek pembanguna­n sekolah.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ada antara projek berkenaan sedang dalam proses pelaksanaa­n manakala selebihnya sedang dalam proses rekaan dan akan ditender.

Menurutnya lagi, semua projek terlibat dijangka siap akhir 2019.

“Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan peruntukan kepada 13 sekolah lagi untuk dinaik taraf dan diperbaiki dengan kos RM4 juta pada tahun depan,” katanya pada ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak telah menyalurka­n geran sebanyak RM4.98 juta kepada 15 Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) dan sekolah mubaligh pada tahun ini sebagai dana tambahan.

“Jumlah peruntukan ini telah diserahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada para penerimany­a di Miri pada Ogos lalu.

“Tujuan peruntukan ini disediakan untuk membantu sekolah berkenaan menaik taraf serta keperluan lain agar mereka juga tidak tercicir daripada menikmati pembanguna­n,” tambahnya.

Sementara itu, Manyin berkata, pada Belanjawan Sarawak 2019, Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan sebanyak RM2,350 juta untuk melaksanak­an program-program dan inisiatif pendidikan kepada kementeria­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia