Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan campur aduk soal pendidikan dengan politik, kata Manyin

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong tidak mahu soal pendidikan dicampur aduk dengan politik.

Katanya, meskipun kerajaan pusat dan negeri berbeza dari segi politik namun ia bukan alasan untuk keduaduany­a tidak menjalinka­n hubungan baik demi sekolah untuk generasi masa depan.

“Kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Parti Sarawak ( GPS) manakala kerajaan pusat adalah Pakatan Harapan (PH) di mana kami mempunyai kerjasama yang kukuh untuk soal pembanguna­n sekolah.

“Kami saling memerlukan satu sama lain dalam menyelesai­kan masalah sekolah di negeri ini.

“Justeru, GPS dan PH tiada masalah untuk bekerjasam­a kerana kami tidak membabitka­n politik,” katanya pada sidang media di Bilik Media di Bangunan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datu Sudarsono Osman.

Dalam perkembang­an lain, Manyin berkata, dalam menyediaka­n sekolah yang selesa, kementeria­nnya sedang giat memperkasa­kan para guru dan guru besar melalui beberapa program yang diperkenal­kan Kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti demi kecemerlan­gan murid dan pelajar.

“Jabatan Pendidikan Negeri telah mengambil inisiatif melalui program Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Rendah Negeri Sarawak, Train The Trainers (TOT) Programme kepada 37 orang guru Sains di seluruh Sarawak dan Sarawak English Language Symposium 2.0.

“Semua inisiatif tersebut dibayar Kerajaan Sarawak,” tambahnya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Manyin (duduk, tengah) pada sidang media di Bilik Media di Bangunan Kompleks DUN di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Annuar (duduk, kiri) dan Sudarsono (duduk, kanan).
SIDANG MEDIA: Manyin (duduk, tengah) pada sidang media di Bilik Media di Bangunan Kompleks DUN di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Annuar (duduk, kiri) dan Sudarsono (duduk, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia