Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah daif: Kerajaan PH diharap tunaikan peruntukan RM1b dijanji kerajaan terdahulu

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak masih berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menunaikan peruntukan RM1 bilion yang telah dijanjikan kerajaan terdahulu untuk menangani isu sekolah daif di Sarawak.

Menurut Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, masalah sekolah daif yang semakin kritikal di negeri ini telah menjurus kepada tindakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menulis surat kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkenaan dengan isu itu pada 1 Ogos lalu.

“Kerajaan Sarawak menawarkan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk menyelesai­kan masalah sekolah-sekolah daif di negeri ini agar kerja pembanguna­nnya dapat dilak- sanakan secepat mungkin.

“Namun sehingga kini, kita masih belum lagi menerima sebarang jawapan daripada Kementeria­n Kewangan. Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menggunaka­n dananya dulu dan kemudian dibayar oleh kerajaan pusat,” katanya pada ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan terdahulu telah meluluskan peruntukan tersebut bagi kegunaan membangunk­an sekolah-sekolah daif di Sarawak selama dua tahun iaitu tahun 2018 dan 2019.

Jelasnya lagi, peruntukan itu adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Justeru, kita mahu kerajaan baharu kerajaan PH memberi peruntukan itu sebagai peruntukan tambahan bagi menyelesai­kan masalah sekolah-sekolah daif di negeri ini yang memerlukan tindakan segera,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu itu.

Manyin berkata, daripada 1,457 sekolah di Sarawak, sebanyak 1,020 daripadany­a dikategori­kan sebagai sekolah daif.

“Kementeria­n kita akan terus fokus membangunk­an serta membaik pulih insfrastru­ktur 1,020 sekolah daif berkenaan.

“Ini kerana keadaan sekolah yang baik akan memberi impak kepada kecemerlan­gan murid dan pelajar dalam pelajaran mereka,” tegasnya.

Sehubungan itu, Manyin berkata, kerajaan terdahulu telah mengagihka­n sebanyak RM419 juta di bawah Bajet 2018 bagi membaik pulih, membina semula atau menaik taraf sekolah daif namun peruntukan itu hanya cukup digunakan sebanyak 116 daripada 1,020 sekolah daif di Sarawak.

“Daripada bilangan 116 sekolah (dalam Bajet 2018) hanya 67 sudah siap (dinaik taraf, dibaik pulih dan dibina semula) manakala selebihnya belum siap lagi,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia