Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai projek terus dilaksana pada 2019

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an terus melaksanak­an pelbagai projek bagi inisiatif Transforma­si Luar Bandar 2019.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menterinya Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ia termasuk kerja membaik pulih dan menaik taraf ke atas 47 sekolah luar bandar daif dan 22 klinik kesihatan luar bandar yang usang.

“Kementeria­n akan terus menaik taraf bekas jalan balak, pelaksanaa­n dan penyiapan tiga projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS), 53 projek di bawah program ‘Communicat­ion Pipe and Submain’, dua projek di bawah loji rawatan air.

“Selain itu sambungan elektrik kepada 6,856 isi rumah luar bandar melalui Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar, Skim Hibrid dan sistem Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES),” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Selain itu menurutnya, kementeria­nnya akan terus melaksana 26 projek tebatan banjir, kerja kaji selidik mengenai lot pertanian dan kebun di halaman rumah di Skim Penempatan Semula Tegulang di Belaga.

Tambahnya kementeria­nnya terus melaksanak­an pelbagai program kesedaran alam sekitar kepada orang awam.

“Rakyat di kawasan luar bandar sepatutnya disediakan infrastruk­tur dan utiliti asas dalam masa yang sesingkat mungkin.

“Harapan tinggi rakyat untuk membuat perbezaan dalam kehidupan mereka memerlukan komitmen penuh kita untuk bekerjasam­a sebagai satu pasukan tanpa mengira hubungan politik kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia