Utusan Borneo (Sarawak)

Dana perniagaan disalur kepada 39,916 usahawan dari Januari hingga September 2018

-

KUCHING: Sejumlah RM413.6 juta dana perniagaan telah disalurkan kepada 39,916 usahawan Sarawak dari Januari hingga September tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain kementeria­n, dana berupa pinjaman dan geran juga daripada agensi di bawah kerajaan negeri dan pusat.

Dana daripada SME Bank untuk 64 usahawan, AIM (36,623 orang), MARA (607 orang), TEKUN (1,963 orang) , PUNB (86 orang), TERAJU (6 orang), SME Corp (170 orang), MIDF (12 orang), SEDC (300 orang), LKIM (37 orang), FAMA (31 orang) dan MATRADE (17 orang).

Kementeria­n sedang dalam proses merangka mekanisme mewujudkan skim kredit mikro untuk semua usahawan mikro, termasuk usahawan mikro bukan Bumiputera yang merupakan program baharu direka untuk membantu rakyat Sarawak yang layak.

Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) merupakan bantuan dana dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak empat peratus dalam tempoh pinjaman sehingga tujuh tahun.

Timbalan Ketua Menteri itu memberitah­u, skim ini adalah untuk membantu PKS dalam sektor pembuatan, perkhidmat­an dan teknologi maklumat.

Setakat Oktober tahun ini, seramai 24 usahawan telah diluluskan pinjaman mereka berjumlah RM2.278 juta untuk mengembang­kan perniagaan.

“Kementeria­n saya juga dalam proses untuk meningkatk­an jumlah peruntukan SPIKS,” jelas Awang Tengah.

Setakat Oktober juga, seramai 4,442 usahawan dan bakal usahawan telah menerima inisiatif dilaksanak­an kementeria­n yang antaranya jerayawara keusahawan­an, kursus teknologi pemprosesa­n makanan, simposium usahawan kontraktor dan seminar pendedahan Industri 4.0.

Daripada aspek promosi dan pemasaran produk PKS, sebanyak 800 usahawan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dikendalik­an.

Program Showcase Usahawan Sarawak sahaja telah menghasilk­an jumlah jualan sebanyak RM2.1 juta.

Untuk infrastruk­tur perniagaan, Kerajaan Sarawak membangunk­an tujuh Anjung Usahawan berjumlah RM12.5 juta dengan peruntukan daripada TERAJU.

Pembinaan Anjung Usahawan Betong, Damai, Gedong, Semariang, Limbang dan Lawas sudah siap sementara Anjung Usahawan Sri Aman dijangka siap pada penghujung 2018.

Projek menyediaka­n sebanyak 74 ruang premis perniagaan untuk usahawan tempatan.

“Kerajaan Sarawak akan terus membangunk­an lebih banyak taman perindustr­ian secara berperingk­at terutama di luar bandar untuk membantu PKS mengembang­kan perniagaan,” jelasnya.

 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus
Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Steve Annuar Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia