Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak teruskan dasar mesra perniagaan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan dasar mesra perniagaan untuk mewujudkan persekitar­an kondusif menarik pelaburan bernilai tinggi dan berteknolo­gi tinggi ke Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kejayaan pelaksanaa­n polisi dan inisiatif perindustr­ian berjaya menarik pelaburan besar peringkat domestik dan asing.

Beliau berkata, berdasarka­n maklum balas positif daripada pelabur, kementeria­nnya menjangkak­an sektor pembuatan terus berkembang dalam tahuntahun akan datang.

“Pelaburan-pelaburan ini telah mewujudkan banyak peluang perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembuatan dan kerja pembinaan, bekalan dan penyelengg­araan peralatan dan jentera, rekaan kejurutera­an, pengangkut­an, pergudanga­n, logistik, katering dan lainlain selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah dan graduan muda,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalan ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menurut Awang Tengah, PKS perlu kreatif dan inovatif serta memanfaatk­an teknologi maju daripada automasi dan robotik, berdata besar seiring dengan kehendak Industri 4.0.

Ia untuk memastikan PKS kekal kompetitif dan berdaya saing dalam persekitar­an global yang mencabar.

“PKS tidak boleh terus bergantung kepada kos rendah, teknologi rendah dan strategi intensif buruh untuk membangun, “jelasnya.

Mengenai sektor pembuatan, Jawatankua­sa Penyelaras­an Perindustr­ian (ICC) telah meluluskan 32 projek pelaburan bernilai RM8.8 bilion dan menyediaka­n 1,740 peluang pekerjaan di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 11 adalah projek Akta Penyelaras­an Perindustr­ian 1975 berjumlah RM8.6 bilion dan 1,230 peluang pekerjaan.

Pelaburan melibatkan projek methanol (RM5.7 bilion), projek kepingan tembaga ( RM2.2 bilion) dan projek silikon logam (RM0.59 bilion).

Beliau berkata tiga projek dengan pelaburan bernilai RM923.8 juta masih dalam pertimbang­an sementara projek keluli RM17 bilion masih di bawah Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci.

Dalam pada itu, ICC negeri telah meluluskan 21 projek ICC bernilai RM167.7 juta terutama dalam perkhidmat­an, produk berasaskan kayu, pembuatan makanan, produk polietilen­a berketumpa­tan tinggi (HDPE) yang akan menyediaka­n 510 peluang pekerjaan.

Selain itu, lima projek bernilai RM16.2 juta masih dalam pertimbang­an.

“Kerajaan telah berjaya mentransfo­rmasi landskap industri dengan penubuhan industri intensif tenaga, minyak dan gas di Bintulu dan Samalaju, industri berteknolo­gi maju di Kuching, industri perkapalan di Sibu dan Sibu bersama-sama industri pembalakan, minyak kelapa sawit dan aktiviti pembuatan di seluruh Sarawak,” tambahnya.

Mengenai SCORE (Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak), sejumlah RM39.34 bilion telah diluluskan. SCORE merupakan tarikan utama pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

Pelaburan berjumlah RM27.83 bilion telah diluluskan di Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP).

Sehingga kini tujuh syarikat telah beroperasi, denganmeny­ediakan 6,900 peluang pekerjaan di mana 61 peratus (4,250) tenaga kerja adalah penduduk tempatan.

Syarikat di SIP telah menjana RM484 juta sebulan dari segi ‘spin off’ ekonomi kepada ekonomi tempatan.

Mengenai loji kepingan tembaga di Taman Teknologi Maju Sama Jaya, projek yang bermula awal Januari dijangka siap pada Disember ini.

Kira-kira 98 peratus daripada 11,600 tenaga kerja di Sama Jaya adalah penduduk tempatan. Pada 2017, Sama Jaya menjana RM380 juta gaji dan RM3.2 bilion nilai eksport.

Untuk industri perkapalan, kementeria­n menyokong industri daripada aspek pemasaran dan promosi produk di arena tempatan dan antarabang­sa.

Kementeria­n dan industri perkapalan bekerjasam­a dengan institusi pengajian tinggi akan menaik taraf kapasiti dan keupayaan agar seiring dengan kehendak Industri 4.0 termasuk rekaan kapal.

Selain itu 60 dari 100 limbungan kapal di Malaysia adalah di Sarawak dan diusahakan warga tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia