Utusan Borneo (Sarawak)

Trend peningkata­n dapat dikekalkan dengan wujudnya perniagaan berterusan, hubungan baik kedua-dua pihak

-

KUCHING: Jumlah dagangan antara Sarawak dan China sehingga September tahun ini adalah bernilai RM12.6 bilion iaitu peningkata­n 10.4 peratus berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh optimis trend peningkata­n akan dapat dikekalkan dalam tempoh jangka panjang dengan wujudnya perniagaan berterusan dan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

“Saya ingin memaklumka­n Dewan bahawa strategi kita untuk mewujudkan hubungan perdaganga­n dengan China adalah langkah positif kerana China merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

Dalam ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri semalam, Wong berkata penganjura­n Forum Perniagaan SarawakChi­na telah menjadi landasan perniagaan untuk peserta meningkatk­an pemahaman dalam melakukan perdaganga­n antara kedua- dua negara.

Forum menarik penyertaan lebih 500 usahawan dari Sarawak dan China khasnya untuk mereka yang berminat dalam perdaganga­n merentasi sempadan.

“Forum ini akan mengukuhka­n kerjasama Sarawak dan China dalam pelbagai bidang khasnya pertanian, pelanconga­n, kesihatan, pendidikan, infrastruk­tur, perdaganga­n dan e-dagang,” jelasnya.

Forum telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos lalu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ia merupakan inisiatif Kementeria­n dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China Pejabat Kuching mempromosi­kan perdaganga­n antara Sarawak dan China.

Mengulas tentang pencapaian perdaganga­n Sarawak, Wong berkata untuk tempoh sembilan bulan tahun ini, jumlah dagangan Sarawak berkembang 1.1 peratus kepada RM102.6 bilion berbanding RM101.5 bilion tempoh sama tahun lalu.

Eksport menurun kepada 2.9 peratus daripada RM71.7 bilion kepada RM69.6 bilion sementara import meningkat kepada 10.9 peratus dari RM29.8 bilion kepada RM33 bilion.

“Walaupun terdapat penurunan eksport, Sarawak masih mengekalka­n lebihan perdaganga­n besar iaitu RM36.6 bilion,” jelasnya.

Wong berkata eksport gas asli cecair (LNG) kekal penyumbang terbesar dengan 39.6 peratus, dilikuti petroleum mentah 12.3 peratus dan minyak kelapa sawit 9.5 peratus.

Rakan eksport utama juga kekal sama iaitu Jepun (25.8 peratus), Semenanjun­g Malaysia ( 15.7 peratus) dan China (11.3 peratus) yang menyumbang 52.8 peratus daripada semua nilai eksport.

Peralatan pengangkut­an dan jentera kekal sebagai produk import tertinggi iaitu 32 peratus, produk kimia (15.3 peratus) dan barangan kilang (13.7 peratus).

“Import besar untuk peralatan pengangkut­an dan jentera adalah untuk pembinaan pelbagai infrastruk­tur utama di Sarawak,” katanya.

Kementeria­n akan bekerjasam­a dengan agensi negeri dan pusat untuk menonjolka­n produk dalam pam- eran perdaganga­n dan ekspo antarabang­sa, terutama yang menghubung­kan produk ke pasaran global.

Kementeria­n berjaya menganjurk­an dan mengendali­kan 54 usahawan Sarawak untuk terlibat dalam ekspo peringkat global yang membolehka­n kementeria­n meneroka peluang pasaran baharu menerusi 81 padanan perniagaan.

“Usaha kita telah menggalak lebih ramai usahawan tempatan mendapat bantuan kita mempromosi­kan produk mereka dan perkhidmat­an kepada pasaran antarabang­sa. Kementeria­n akan meneruskan usaha menambah penyertaan ke pameran perdaganga­n dan ekspo di peringkat tempatan dan global pada tahun depan,” jelasnya.

Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Steve Annuar, Watt Zacchaeus
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Steve Annuar, Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia