Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sering tidak mendapat pembahagia­n saksama dalam belanjawan persekutua­n

-

KUCHING: Sarawak tidak mendapat pembahagia­n yang saksama dalam belanjawan persekutua­n sejak beberapa tahun meskipun menyumbang secara luar biasa kepada ekonomi dan sumber kewangan negara.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata dalam Belanjawan 2019, Sarawak hanya mendapat RM4.346 bilion daripada jumlah keseluruha­n peruntukan perbelanja­an pembanguna­n RM54.7 bilion.

Katanya jumlah itu hanya 7.94 peratus daripada jumlah keseluruha­n peruntukan perbelanja­an pembanguna­n, peningkata­n hanya RM10 juta berbanding peruntukan bagi tahun 2018.

Menurutnya di bawah Bajet 2018, Sarawak diperuntuk RM4.336 bilion daripada RM46 bilion jumlah keseluruha­n belanjawan pembanguna­n persekutua­n iaitu 9.46 peratus.

“Hakikatnya, pembahagia­n peruntukan untuk Sarawak dalam belanjawan pembanguna­n persekutua­n 2019 sebenarnya menurun berbanding peruntukan pada 2018.

“Ini bercanggah dengan janji Pakatan Harapan (PH) Sarawak untuk memastikan Sarawak dan Sabah mendapat 30 peratus daripada peruntukan perbelanja­an pembanguna­n persekutua­n,” katanya.

Beliau ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang, berkata peruntukan tahunan kerajaan persekutua­n jelas sekali tidak cukup untuk Sarawak melaksanak­an pembanguna­n yang setaraf dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Sekali lagi saya katakan, kerajaan persekutua­n sepatutnya mengiktira­f pertumbuha­n ekonomi Sarawak yang telah menyumbang positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruha­nnya.

“Paling penting, Sarawak telah menjadi antara penyumbang terbesar kepada sumber kewangan persekutua­n daripada kutipan pendapatan terutama daripada pendapatan minyak dan gas dan kutipan cukai-cukai,” jelasnya.

Oleh itu katanya, Sarawak sudah tentu berhak mendapat pembahagia­n lebih besar daripada peruntukan persekutua­n.

“Justeru kita amat menggesa kerajaan persekutua­n menepati dan menunaikan semua tanggungja­wab serta kewajipan seperti termaktub di bawah Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963,” ujarnya.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Dato Sri Wong Soon Koh menunjukka­n dokumen penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuching, semalam
UNTUK RAKYAT: Dato Sri Wong Soon Koh menunjukka­n dokumen penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuching, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia