Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai rangkaian e-dagang di Sarawak akan diperluask­an, kata Wong

-

KUCHING: Nilai rangkaian e-dagang di Sarawak akan diperluask­an untuk membolehka­n usahawan tempatan meneroka pasaran lebih besar.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ia melihat kepada sambutan menggalakk­an dalam kalangan rakyat terhadap program- program dilaksanak­an kementeria­n sepanjang tahun ini.

“Melihat kepada permintaan menggalakk­an un- tuk pembanguna­n dan latihan e-dagang, kementeria­n saya telah merangka pelan menyeluruh untuk mempergiat­kan usaha melatih lebih ramai usahawan tempatan terlibat dalam perniagaan dalam talian pada tahun depan,” jelasnya.

Sehubungan itu, kementeria­n akan terus menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan berkaitan bertujuan meningkatk­an pemahaman dan penerimaan e-dagang di bandar dan luar bandar.

Perkara itu dijelaskan dalam ucapan penggulung­an kementeria­n pada hari ketujuh Persidanga­n Dewan Undangan Negeri semalam.

Kementeria­n akan terus mempersiap­kan belia termasuk pelajar universiti untuk mengikuti e-dagang agar memiliki kemahiran keusahawan­an dalam talian menjadi individu serba boleh setelah tamat belajar.

Selain belia, kementeria­n turut aktif menganjurk­an program pembanguna­n ke- mahiran dan kesedaran tentang e-dagang untuk orang awam dan usahawan.

Sebanyak 11 program memberi manfaat kepada 3,415 awam terdiri daripada usahawan, ketua masyarakat, belia, pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah telah dianjurkan sepanjang tahun ini.

Antaranya, bengkel perniagaan secara online, eUsahawan Digital Kenyalang Achievers, program Train the Trainers, seminar ekonomi digital dan e- dagang, kampung reachout, e-Photo presentati­on dan pemasaran dalam talian, cabaran Samarahan Apps, StartUp Quest, program onboarding perusahaan kecil sederhana: Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pengenalan model perniagaan digital, menstransf­ormasi perniagaan digital untuk belia dan PKR Sarawak serta persidanga­n e-dagang.

Program dikendalik­an dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin ter- masuk dialek tempatan oleh jurulatih berpengala­man.

“Pendekatan inklusif ini membolehka­n kementeria­n saya menyebarka­n maklumat e-dagang dan melatih usahawan tentang trend perniagaan dalam talian dengan cara berkesan. Ia juga cara kementeria­n saya membantu rakyat daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam e-dagang untuk menambah pendapatan, “jelasnya.

Selain itu kementeria­n turut bekerjasam­a dengan agensi kerajaan menganjurk­an program e-dagang seperti bazar agro dalam talian, eUsahawan Desa, eTrade, eRezeki, Celik IT Peluh Kocek dan My Shop 9.

Selain berjaya meningkatk­an ilmu dan kemahiran e-dagang, program berjaya meningkatk­an jualan dan pendapatan peserta.

“Terdapat trend di mana perniagaan meningkat sebanyak 30 peratus setelah beberapa minggu terlibat dalam perniagaan dalam talian,” jelas Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia