Utusan Borneo (Sarawak)

GPS dan PH perlu bekerjasam­a laksana pembanguna­n, kata Masing

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan ( PH) perlu bekerjasam­a kerana mempunyai faktor sama iaitu ‘sebuah kerajaan’.

“( Tuan Speaker) Apa yang kita lakukan dalam GPS mempunyai persamaan dengan PH. Faktor sama kita ialah kedua-dua kita adalah kerajaan, memandangk­an kita sama-sama kerajaan, itu adalah kekuatan kita.

“Oleh itu, marilah kita (GPS dan PH), mentadbir negara ini seboleh yang mungkin. Rakyat mengharapk­an tiada yang lain daripada kita melainkan mentadbir negara. Berhentila­h menyalahka­n dan menuding jari,”ujarnya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur d a n P e n g a n g k u t a n berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan p e n g g u l u n g a n b a g i kementeria­nnya pada P e r s i d a n g a n D e w a n Undangan Negeri ( DUN) semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu turut memetik kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin memberi amaran kepada kerajaan PH agar menghentik­an tindakan menyalahka­n pihak lain (kerajaan terdahulu).

Memetik Daim, Masing berkata “... pentadbira­n baharu seharusnya berhenti menuding jari kepada kerajaan terdahulu yang mentadbir negara selama 61 tahun. Enam bulan sudah mencukupi. Sekarang kerajaan perlu memberi tumpuan kepada penyampaia­n perkhidmat­an mereka kepada rakyat...”.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu percaya ramai wakil UMNO sekarang mendapati mereka dalam situasi politik yang tidak menyenangk­an.

Menurutnya, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, UMNO dianggap dan dituduh oleh kerajaan PH rasuah, kleptokras­i, kronisme dan nepotisme.

“Tunduhan-tunduhan ini mungkin benar Tuan Speaker, tetapi saya percaya ‘tabiattabi­at buruk’ ini tidak berlaku dalam tempoh singkat.

“Budaya seperti ini jika benarterta­namdalamUM­NO, pasti telah lama berkembang bertahun-tahun.

“Tuan Speaker, ahli politik akan tetap menjadi ahli politik. Kita semua mahu kebaikan antara satu sama lain. Untuk berbuat demikian, kita memfokus lebih kepada perbezaan antara kita dengan menumpukan kelemahan lawan kita, daripada memfokus kepada kekuatan dan kesamaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia