Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan undi PKR Julau akan diketahui dalam masa terdekat

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat ( JPP) Parti Keadilan Rakyat ( PKR) memutuskan bahawa pemilihan Cabang Julau tidak akan diadakan semula.

Pengerusi JPP Datuk Rashid Din berkata keputusan itu dicapai selepas penjelasan daripada Unit Operasi dan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat serta mengambil kira Laporan Teknikal daripada pihak pembangun sistem e-undi.

“K e p u t u s a n i n i berdasarka­n kepada analisis hasil kiraan undi yang membuktika­n bahawa semua data adalah selamat dan telah berjaya dimuat naik ke pelayan sistem (cloud) walaupun terdapat aplikasi e-undi pada enam unit tablet telah disapu bersih oleh perisian Prey Anti- Theft,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Menurutyal­agi, perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukka­n bahawa tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai.

“Keputusan pemilihan untuk Cabang Julau, Sarawak akan dimuat naik dalam portal rasmi pemilihan parti ( www. pemilihan keadilan20­18. com) dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pemilihan Cabang Julau diadakan pada Sabtu lepas. Keputusan ditunda berikutan tablet yang digunakan di Pusat Kompleks Sukan Julau didakwa digodam dengan perisian pengintipa­n.

Sarawak merupakan negeri terakhir dan penentu bagi pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setakat ini, Azmin mendahului. Pemilihan parti yang bermula Ogos lepas menyaksika­n Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden.

Sementara itu, pada malam Ahad, calon Ketua Cabang Julau yang juga Ahli Parlimen Julau Larry Sng memaklumka­n bahawa proses pemilihan akan diadakan semula pada Rabu atau Khamis ini.

Mengenai undi ragu, Rashid berkata JPP menerima banyak Borang 11 (untuk pengundi ragu) yang mana sebahagian besar daripada penama tersebut didapati tidak tersenarai sebagai anggota parti dan secara automatik tidak layak mengundi (undi ditolak).

“JPP merumuskan bahawa hanya akan m e l a k u k a n p r o s e s pengesahan Borang 11 terhad untuk jawatan kepimpinan cabang yang ada keputusan undian seri dan majoriti tipis sahaja.

“JPP akan menjemput semua calon yang terlibat sahaja untuk menyaksika­n proses ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia