Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan terus beri perkhidmat­an terbaik kepada rakyat : Dr Sim

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat walaupun perlu menanggung kerugian yang besar.

M e n t e r i K e r a j a a n Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata ia sejajar dengan prinsip pentadbira­n Kerajaan Sarawak yang mengutamak­an kepentinga­n rakyat.

“Misalnya dari segi kutipan sampah sahaja, PBT cuma mengutip kira-kira RM20 juta daripada rakyat seperti menerusi cukai taksiran tetapi membelanja­kan sebanyak RM58 juta demi memastikan kebersihan persekitar­an terus terpelihar­a untuk keselesaan rakyat.

“Namun demikian, Kerajaan Sarawak dan PBT akan terus memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat walaupun kerugian wang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Bersama Komuniti di ibu pejabat MBKS di sin, semalam.

Sementara itu sempena majlis, Dr Sim turut turut menyeru rakyat Sarawak terus memelihara keharmonia­n dan perpaduan yang telah terjalin.

“Tidak kira daripada kaum majoriti atau minoriti, semua kita adalah rakyat Sarawak dan keharmonia­n dalam masyarakat kita selama ini harus dikekalkan,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata Majlis Sambutan Deepavali MBKS Bersama Komuniti diadakan setiap tahun untuk membolehka­n kakitangan MBKS terutama daripada kaum India dan orang ramai bersama-sama meraikan perayaan tersebut. “Melalui majlis seperti ini, ia juga menyediaka­n peluang untuk kumpulan etnik lain memahami budaya dan agama masayaraka­t India,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Sim bersama Chan menyalakan lampu sebagai simbolik Majlis Sambutan Deepavali MBKS Bersama Komuniti di Kuching, semalam.
SIMBOLIK: Dr Sim bersama Chan menyalakan lampu sebagai simbolik Majlis Sambutan Deepavali MBKS Bersama Komuniti di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia