Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar sekolah pun merasuah: Shukri

-

PUTRAJAYA: Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid, demikian dedah Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Pada Forum Permuafaka­tan SPRM- Kementeria­n Pendidikan di sini semalam, Mohd Shukri mendedahka­n terdapat kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehka­n dilantik sebagai ketua kelas dan ada juga kes untuk mendapat sokongan sebagai ketua pengawas.

“Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu hari nanti,” katanya ketika menjadi panel pada forum itu, sambil menegaskan kepentinga­n pendidikan awal benci rasuah diterapkan.

Di sekolah juga, dedahnya terdapat kes guru meminta ‘seks’ daripada pelajar untuk lulus peperiksaa­n.

Mohd Shukri berkata SPRM sudah mencadangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan dan bertemu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib peperiksaa­n di sekolah.

Beliau menegaskan budaya antirasuah perlu ditanam dalam diri pelajar dari peringkat awal lagi bagi mengelak ia merebak mereka apabila dewasa.

“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbang­kan,” katanya.

Mohd Shukri pada forum itu berkata pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbang­kan sehingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokras­i.

“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.

“Tapi saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbang­kan, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 markah kita 52 sahaja dan menunjukka­n trend penurunan sehingga kepada 47 markah tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk? Ini adalah fakta, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokras­i, bukan negara integriti, memang memalukan,” katanya.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal (TI) pada Februari lepas mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan TI. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Mohd Shukri bercakap pada Forum Permuafaka­tan SPRM-Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan 2018 yang bertemakan ‘Pendidik- Suri Teladan: Membentuk Generasi Bebas Rasuah’ di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Mohd Shukri bercakap pada Forum Permuafaka­tan SPRM-Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan 2018 yang bertemakan ‘Pendidik- Suri Teladan: Membentuk Generasi Bebas Rasuah’ di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia