Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dera anak tiri: ‘Boy Tiger’ direman tujuh hari

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, semalam berhubung kes dera sehingga menyebabka­n kematian anak tirinya yang berusia tiga tahun minggu lepas.

Majistret Haslinda A. Raof mengeluark­an perintah reman bermula semalam sehingga 19 November selepas membenarka­n permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 31 tahun itu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T hitam itu tiba di mahkamah pada jam 11 pagi.

Kelmarin, akhbar melaporkan, selepas empat hari menghilang­kan diri, suspek berjaya ditahan pihak polis di Hospital Kajang ketika melawat isterinya yang sedang mendapatka­n rawatan selepas melahirkan anak di hospital berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi ketika melawat isterinya yang berusia 20 tahun.

“Difahamkan, wanita yang turut dicari polis itu mendapatka­n rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah inap desa di Hulu Langat,” katanya.

Fadzil berkata, mangsa sebelum itu dipercayai dibawa oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke jabatan kecemasan hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, pada 12 tengah hari, 8 Nov lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia