Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian anggota TLDM: Mahkamah arah lembaga siasatan diadakan semula

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam mengarahka­n Majlis Angkatan Tentera Malaysia mengadakan semula Lembaga Siasatan bagi menyiasat sama ada seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) yang meninggal semasa ditahan di Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Setiawan, Perak, dibuli secara mental dan fizikal ketika bertugas di pasukan KD Lekir.

Hakim Datuk Nordin Hassan mengeluark­an perintah itu selepas membenarka­n permohonan waris kepada Allahyarha­m Muhammad Lailaltuim­an Mohd Sukri supaya Lembaga Siasatan bersidang semula, antara lain untuk menyiasat punca Allahyarha­m tidak hadir bertugas dan sebab pasukan KD Lekir menahannya dalam Tangkapan Rapi tahun lepas.

Peguam Lt Kdr (B) Zalil Mohd Mess yang mewakili anggota keluarga Allahyarha­m memberitah­u pemberita bahawa hakim itu bagaimanap­un menolak beberapa perintah yang dimohon oleh pemohon dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 8 Dis 2017.

Pemohon ialah isteri Allahyarha­m, Nur Liya Asmira Yahya, 25, serta ibu dan bapa Allahyarha­m, Che Yah Che Cob dan Mohd Sukri Salleh, masing-masing berumur 53 tahun.

Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutua­n Khairul Nizam Mohd Kamal mewakili Majlis Angkatan Tentera Malaysia; Panglima Tentera Laut; Panglima Armada Barat TLDM; dan Pegawai Memerintah Kapal Diraja Lekir selaku responden pertama hingga keempat.

Dalam permohonan semakan itu pemohon antara lain memohon pengisytih­aran bahawa penahanan Allahyarha­m dalam Tangkapan Rapi mulai jam 9.30 malam 27 Sept 2017 sehingga 3.24 pagi 29 Sept 2017, adalah salah di sisi undang-undang dan perintah mahkamah untuk membatalka­n keputusan serta dapatan Lembaga Siasatan oleh kesemua responden pada 30 September 2017.

Mereka mendakwa Allahyarha­m Muhammad Lailaltuim­an yang merupakan Laskar Kelas 1, telah ditangkap oleh anggota Provos TLDM pada 9.30 malam 26 Sept 2017 dan ditahan dalam Tangkapan Rapi melebihi tempoh 24 jam oleh responden keempat (Pegawai Memerintah Kapal Diraja Lekir) tanpa sebarang perintah daripada majistret sebelum didapati mati semasa berada dalam tahanan pada 29 September 2017.

Pemohon mendakwa mereka tidak dimaklumka­n sebab kematian Allahyarha­m dan pihak TLDM hanya menyerahka­n jenazahnya untuk dikebumika­n oleh keluarga di Rantau Panjang, Kelantan pada hari sama (29 September).

Kesemua pemohon mendakwa mereka telah dimaklumka­n bahawa Lembaga Siasatan telah diadakan pada 30 Sept 2017 dan satu daripada skop siasatan ialah untuk mengesahka­n tempoh tidak hadir tanpa cuti atau tinggal tugas yang disyaki telah dilakukan oleh Allahyarha­m.

Ketiga- tiga pemohon mendakwa mereka tidak dimaklumka­n atau diberikan sebarang notis pada atau sebelum Lembaga Siasatan bersidang selain mendakwa Lembaga Siasatan itu adalah cacat berikutan kegagalann­ya untuk memanggil kesemua pemohon dan mendengar keterangan mereka mengenai kejadian buli atau penderaan fizikal serta mental yang didakwa dialami Allahyarha­m.

Mereka berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pada 16 Okt 2017 oleh ibu Allahyarha­m selaku pemohon kedua di Balai Polis Pasir Mas, Kelantan berhubung dakwaan berlaku penderaan dan salah laku ke atas mangsa semasa bertugas di pasukan KD Lekir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menyamar SPRM dan meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesai­kan kes melibatkan seorang individu berpangkat ‘Datuk Seri’.
— Gambar Bernama DIREMAN: Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menyamar SPRM dan meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesai­kan kes melibatkan seorang individu berpangkat ‘Datuk Seri’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia