Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas peluh dilap, tertuduh memukul semula mangsa, kata saksi

-

KUALA LUMPUR: Seorang saksi menggambar­kan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversi­tinya, tahun lalu, ibarat perlawanan tinju.

Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang menyaksika­n kejadian itu memberitah­u Mahkamah Tinggi semalam bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluhpe­luh ketika dipukul oleh rakan- rakannya sebelum seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederak­an Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa.

“Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul,” katanya ketika pemeriksaa­n semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraa­n hari ke-19.

Saksi pendakwaan ke25 yang merupakan rakan sebilik Zulfarhan Osman itu menjelaska­n, selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduhte­rtuduh lain kemudian menyambung semula perbuatan memukul mangsa.

Kepada soalan Othman adakah perbuatan mengelap peluh dan menyambung semula pukulan itu ibarat perlawanan ‘boxing’, saksi itu yang kini menjalani latihan ketenteraa­n di Kedah berkata, “ya, lebih kurang macam itulah,”.

Terdahulu ketika pemeriksaa­n balas peguam Ariff Hazami Hussin yang mewakili Noriznan Izzairi, saksi itu memberitah­u ketika kejadian pukul Zulfarhan Osman di bilik asrama 3-5 pada malam 21 Mei 2017 itu, ada beberapa pelajar yang cuba menghalang kejadian itu dengan memarahi individu-individu yang memukul mangsa.

“Ada yang datang tengok dan tak buat apa-apa,” katanya sambil menambah dia tidak pasti berapa ramaikah rakan yang cuba menghalang Zulfarhan Osman daripada dipukul.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Os- man di bilik 04- 10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntu­k hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 23 Januari tahun depan. — Bernama

Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul. Mohd Syafiq Abdullah Saksi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia