Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran perundanga­n Anwar terhadap Akta Majlis Keselamata­n Negara dipindah semula ke Mahkamah Tinggi

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam memerintah­kan cabaran perundanga­n yang dikemukaka­n oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaa­n Akta Majlis Keselamata­n Negara 2016 (Akta MKN 2016), dipindahka­n semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengara­n.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum membenarka­n permohonan rayuan Anwar untuk mengekalka­n saman pemula beliau dalam perkara itu dan untuk perkara itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi untuk didengar meritnya, selepas Peguam Kanan Persekutua­n Mazlifah Ayob tidak membantah rayuan itu.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon mahkamah membenarka­n rayuan terhadap perkara itu dipindahka­n semula untuk pendengara­n di Mahkamah Tinggi.

Mazlifah yang mewakili Majlis Keselamata­n Negara dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan- defendan dalam saman itu, mengesahka­n kepada mahkamah bahawa perkara itu akan dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Malanjum menetap- kan 21 Nov sebagai tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Saman pemula Anwar bagi mencabar kesahihan MKN dari segi perlembaga­an yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan cabaran undang-undang itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Persekutua­n kerana ia melibatkan kompetensi legislatif oleh Parlimen.

Perkara 4 (4) Perlembaga­an Persekutua­n menyebut prosiding untuk mendapatka­n penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutua­n.

Anwar gagal dalam rayuannya di mahkamah rayuan yang ditolak pada 6 November 2017. Pada Mac tahun ini Mahkamah Persekutua­n memberi kebenaran kepadanya untuk mengemukak­an rayuan keputusan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia