Utusan Borneo (Sarawak)

Modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain, namun masih ada yang terperdaya

-

KEPALA BATAS: Seorang kerani akaun kerugian RM120,000 selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang mendakwa lelaki itu mempunyai kes jenayah serta tidak hadir perbicaraa­n kes di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon ketika berada di tempat kerjanya di sini minggu lepas, kononnya daripada pihak mahkamah yang meminta dia hadir untuk perbicaraa­n kes.

“Panggilan mangsa kemudianny­a disambungk­an kepada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Ang dan memaklum- kan mangsa mempunyai kes pengubahan wang haram dan tidak hadir perbicaraa­n kes itu di mahkamah.

“Sarjan itu memberitah­u mangsa yang kesnya masih dalam siasatan dan meminta tidak memaklumka­n kepada sesiapa memandangk­an mangsa adalah ‘suspek’ dalam kes itu serta meminta mangsa memberi kerjasama,” katanya di sini semalam.

Katanya berikutan panik dan takut, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pemindahan wang daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan lelaki mengaku sebagai polis seperti diarahkan suspek berkenaan.

Noorzainy berkata mangsa juga melakukan lima transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berlainan dalam tempoh satu minggu yang membabitka­n jumlah keseluruha­n RM120,000.

“Malah, mangsa mendakwa bertindak demikian apabila dimaklumka­n bahawa kesemua wangnya untuk tujuan siasatan dan akan dipindahka­n kepada Juruaudit Negara. Mangsa akhirnya menyedari dia ditipu selepas gagal men- ghubungi lelaki mengaku sebagai polis sebelum membuat laporan polis semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain yang berlaku di seluruh negara, namun masih ada individu yang ditipu dan terperdaya.

“Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini sebaliknya menghubung­i polis atau pihak berkuasa untuk pengesahan,” katanya. — Bernama

Sarjan itu memberitah­u mangsa yang kesnya masih dalam siasatan dan meminta tidak memaklumka­n kepada sesiapa memandangk­an mangsa adalah ‘suspek’ dalam kes itu serta meminta

kerjasama. ” mangsa memberi ACP Noorzainy Mohd Noor Ketua Polis Daerah SPU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia