Utusan Borneo (Sarawak)

Infografik tanda awal kanak-kanak mangsa dera akan dilancarka­n

-

KUALALUMPU­R: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melancarka­n infografik yang boleh menjadi panduan serta amaran awal kepada masyarakat bahawa seorang kanakkanak itu mungkin menjadi mangsa dera.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata ini kerana kes penderaan ke atas kanak-kanak bukan sahaja dilakukan oleh pengasuh malah juga oleh ibu bapa mereka sendiri termasuk dalam kalangan mereka yang terbabit dengan gejala dadah.

“Kita (kementeria­n) akan lancarkan infografik untuk memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa apakah tandatanda yang menjadi ‘loceng amaran’ kepada kes seperti dera.

“Kanak-kanak yang dihantar ke mana-manapun janganlah percaya sepenuhnya, ibu bapa pun ada kes seperti masalah dadah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seks Wanita dan Kanakkanak (D11) di Bukit Aman semalam.

Dalam pada itu, katanya, ketika ini pengasuh yang menjaga kurang daripada empat kanak-kanak pada satu-satu masa tidak perlu berdaftar di bawah kementeria­n namun mereka digalakkan untuk berbuat demikian.

“Kita memang nak semua didaftar (pengasuh kanak-kanak) tetapi sekarang ini kurang daripada empat kanak-kanak yang dijaga tidak diwajibkan berdaftar tapi digalak untuk mendaftar, kita nak ibu bapa mencari tempat pengasuh yang berdaftar,” kata Dr Wan Azizah.

Terbaharu kejadian kes dera kanak-kanak melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang meninggal dunia disyaki akibat perbuatan tidak berperikem­anusiaan suami kepada pengasuhny­a sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi dekat sini, Jumaat lepas selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

Susulan kejadian itu seorang pengasuh berusia 28 tahun bersama suaminya, 36 tahun, dire- man untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia bersedia memberikan kerjasama kepada ibu bapa yang mahu mendapatka­n maklumat latar belakang pengasuh sama ada mempunyai kes jenayah atau sebaliknya.

“Kita juga boleh bantu ibu bapa yang mahu membuat semakan latar belakang pengasuh kepada anak-anak mereka, tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Wan Azizah (tengah) berbual bersama pegawai-pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh (kanan).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Wan Azizah (tengah) berbual bersama pegawai-pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia