Utusan Borneo (Sarawak)

Urus pusat judi dalam talian, 118 ditahan

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan 117 warga China termasuk 20 wanita serta seorang lelaki tempatan yang dipercayai menguruska­n kegiatan judi dalam talian di sebuah banglo mewah di Lorong Gurney, Off Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua suspek yang berusia 20 hingga 40 tahun terbabit diberkas dalam serbuan Ops Dadu pada jam 3.50 petang Jumaat lepas.

Operasi dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Unit Siasatan Jenayah Komputer (D10) Forensik Bukit Aman dan sepasukan polis daripada Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Polis turut merampas antaranya dua set komputer, 118 laptop, 479 telefon bimbit, tiga modem Internet, 154 kad sim, wang tunai sebanyak RM31,300 dan mata wang China berjumlah 6,000 yuan,” katanya pada satu sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklank­an pautan laman web yang menawarkan judi dalam talian kepada orang ramai di China menerusi aplikasi Wechat namun beroperasi di negara ini.

“Pemain yang berminat seterusnya perlu membuat bayaran menggunaka­n kod bar ‘Wechat Pay’ dan Ali- pay.

“Mereka mampu memperoleh wang pertaruhan sehingga RM6 juta sebulan iaitu kira-kira RM500,000 sehari,” katanya.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati mereka menyewa banglo mewah yang dilengkapi 20 bilik tidur itu dengan kadar sewa RM30,000 sebulan untuk dijadikan pusat beroperasi sejak enam bulan lalu.

Katanya pemeriksaa­n lanjut mendapati kesemua warga China itu memasuki negara ini sebagai pelancong.

Beliau berkata sindiket itu berkemungk­inan memilih negara ini sebagai pusat operasi kerana hukuman yang dikenakan tidak terlalu berat berbanding hukuman di China.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mazlan menunjukka­n barang rampasan selepas sidang media mengenai serbuan judi online di sebuah bunglo mewah Lorong Gurney di Ibu Pejabat Polis kontinjen Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa (tiga, kanan) dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (risikan /operasi), ACP Alzafny Ahmad (dua kanan).
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mazlan menunjukka­n barang rampasan selepas sidang media mengenai serbuan judi online di sebuah bunglo mewah Lorong Gurney di Ibu Pejabat Polis kontinjen Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa (tiga, kanan) dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (risikan /operasi), ACP Alzafny Ahmad (dua kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? SEGERA: Arsenal dari Kampung Piyel, Pos Bihai yang patah paha kanan selepas terjatuh dari pokok rambutan diusung menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk dihantar ke Hospital Gua Musang di Gua Musang, semalam.
— Gambar Bernama SEGERA: Arsenal dari Kampung Piyel, Pos Bihai yang patah paha kanan selepas terjatuh dari pokok rambutan diusung menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk dihantar ke Hospital Gua Musang di Gua Musang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia