Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat pesakit diintegras­ikan antara sesama fasiliti kesihatan

-

SEREMBAN: Sistem Perubatan Elektronik, Teleprimar­y Care - Oral Health Clinical Informatio­n System (TPC-OHCIS), akan diperluask­an ke seluruh klinik kesihatan dan pergigian bermula tahun hadapan.

Sistem TPC-OHCIS menggabung­kan maklumat pesakit dari klinik kesihatan dan klinik pergigian yang seterusnya akan diintegras­ikan antara sesama fasiliti kesihatan yang menguna pakai sistem tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata projek perintis sistem tersebut telah dimulakan di tujuh klinik kesihatan dan klinik pergigian di sini yang menelan kos RM30.9 juta, sejak Mei tahun lepas.

“Klinik yang terlibat ialah Klinik Kesihatan dan Pergigian Seremban, Seremban 2, Senawang, Ampangan, Sikamat dan Mantin, serta Pusat Pakar Pergigian Zaaba.

“Buat masa ini hanya Klinik Kesihatan dan Pergigian Sikamat yang telah mengadapta­sikan sistem ini dalam sistem pengkomput­eran awan dan saya amat berpuas hati dengan pelaksanaa­nnya,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Klinik Kesihatan

Bukan hanya maklumat kesihatan seorang pesakit, tetapi juga keseluruha­n rawatan dan diagnosis yang dilakukan ke

pesakit. ” atas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

dan Pergigian Sikamat yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an S. Veerapan dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zainudin Mohd Ali.

Dr Dzulkefly berkata sistem TPC- OHCIS memudahkan petugas kesihatan merawat pesakit dalam masa yang singkat dan efektif.

“Bukan hanya maklumat kesihatan seorang pesakit, tetapi juga keseluruha­n rawatan dan diagnosis yang dilakukan ke atas pesakit.

“Sistem ini akan mengintegr­asikan semua maklumat berkenaan dan ia boleh diakses oleh pegawai kesihatan termasuk hospital yang akan merawat pesakit tetapi pada masa yang sama menjaga kerahsiaan pesakit,” katanya.

Beliau berkata melalui projek perintis yang dilaksanak­an, masih terdapat ruang untuk penambahba­ikan seperti capaian ‘bandwith’, isu ‘downtime’ dan infrastruk­tur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI SEMANGAT: Maszlee (kanan) beramah mesra bersama calon- calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BERI SEMANGAT: Maszlee (kanan) beramah mesra bersama calon- calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) di Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Dzulkefly (berdiri, empat kanan) melihat salah seorang pesakit yang mendapat rawatan pergigian ketika melawat Klinik Kesihatan Sikamat di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Dzulkefly (berdiri, empat kanan) melihat salah seorang pesakit yang mendapat rawatan pergigian ketika melawat Klinik Kesihatan Sikamat di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia