Utusan Borneo (Sarawak)

SPM: Subjek elektif dan bukan teras diawalkan mulai 2019

-

PUTRAJAYA: Semua subjek elektif dan bukan teras Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) akan dianjakkan ke akhir September sebagai persiapan awal menghadapi musim banjir mulai tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangk­an bersama Lembaga Peperiksaa­n dan mencadangk­an mata pelajaran berkenaan dilaksanak­an lebih awal antara akhir September dan awal Oktober berbanding November pada masa ini.

Antara subjek terlibat adalah Bahasa Arab, Bahasa Punjabi, Bahasa Kadazan, Bahasa Iban, Kesusaster­aan, Tasawwur Islam dan mata pelajaran Teknik Vokasional, katanya.

“Kita mahu memberi keutamaan kepada pelajar menghadapi peperiksaa­n subjek- subjek itu dengan lebih fleksibel...menghadapi peperiksaa­n dahulu agar tidak terjejas semasa musim banjir.

“Kita cadang perkara itu berdasarka­n pengalaman banjir sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Putrajaya Presint 16(1) di sini semalam sempena peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Seramai 421,706 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM tahun ini di 3,308 pusat peperiksaa­n di seluruh negara yang bermula semalam.

Sebelum calon SPM SMK Putrajaya Presint 16 ( 1) memasuki dewan peperiksaa­n, Maszlee bersalam-salaman dengan mereka serta memberikan kata-kata perangsang dan semangat. Beliau turut menyertai doa bersama pelajar sekolah berkenaan sebelum itu.

Dalam pada itu, Maszlee juga berkata Kementeria­n Pendidikan akan mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) dan bersiap siaga memindahka­n calon- calon SPM ke pusat lain jika berlaku banjir.

“Kitabersed­iauntukmen­ghadapi apa jua situasi banjir dan insiden lain sepanjang peperiksaa­n SPM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia