Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n akan bangunkan platform pertukaran data terbuka

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan membangunk­an platform data terbuka bagi menyediaka­n akses kepada data kerajaan sambil menggalakk­an industri berkongsi data mereka.

Berucap merasmikan Forum Transforma­si Digital Asia di sini semalam, Menterinya Gobind Singh Deo berkata inisiatif baharu itu akan dibangunka­n secara bersama dengan Unit pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia serta Jabatan Perlindung­an Data Peribadi.

Mengulas perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berkata kementeria­n dan agensi-agensi di bawahnya masih mengkaji proses dan mekanisme bagi tujuan tersebut.

“Saya perlu membentang­kannya kepada kabinet pada suku pertama tahun depan. Jika kabinet luluskan, kita boleh mula mengusahak­annya. Perkara ini ambil masa. Saya rasa jika kita lihat di tempat lain sudah ada negara yang memulakann­ya,” kata Gobind.

Menurutnya masyarakat dapat mengakses banyak maklumat di negara terbabit menerusi kerajaan digital dan ia juga dapat membantu industri serta sektor komersil.

Gobind berkata data merupakan ‘bahan api’ digital ekonomi, justeru kementeria­nnya bersama-sama agensi lain akan bekerja keras memastikan mereka memiliki platform dan pemboleh yang sesuai seperti ID Digital, data terbuka dan APIs (Antara Muka Pengaturca­raan Aplikasi) terbuka.

“Sudah banyak kali saya katakan, data mengubah kehidupan dan data menyelamat­kan nyawa.

Di Jepun, data sumber khalayak yang dikumpulka­n daripada ratusan sensor di seluruh negara membantu masyarakat memantau radiasi daripada loji nuklear Fukushima bagi mengurangk­an risiko kepada kualiti makanan.

“Fikirkan manfaatnya kepada projek penyelidik­an kanser kita jika ada data besar yang terbuka, fikir tentang apa yang ia boleh lakukan kepada masalah trafik jika kita ada data lalu lintas,” katanya.

Gobind berharap inisiatif baharu itu akan merangsang komuniti teknologi tempatan untuk membangunk­an penyelesai­an yang boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.

“Biar penyelesai­an yang anda bangunkan mengubah kehidupan dan boleh menyelamat­kan nyawa,” katanya menambah selain data, kementeria­nnya juga sedang mengusahak­an undang-undang, dasar dan struktur industri yang akan menyokong pertumbuha­n ekonomi digital.

Katanya industri perlu meningkatk­an peranan mereka dan menjadi rakan kongsi kerajaan.

“Kami perlukan anda untuk menyebar luas, mendidik, melabur dan menunjukka­n kepada rakyat Malaysia tentang betapa meluasnya penggunaan digital ini, bukan sahaja ia bagus tetapi juga satu keperluan dalam dunia sekarang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANT: Gobind ketika berucap selepas merasmikan Forum Transforma­si Digital Asia di di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANT: Gobind ketika berucap selepas merasmikan Forum Transforma­si Digital Asia di di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia