Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta mewah tidak layak terima subsidi petrol bersasar

-

KUALA LUMPUR: Pemilik kereta mewah tetap tidak akan menikmati subsidi petrol bersasar walaupun enjin kenderaan mereka berkapasit­i 1,500 cc ke bawah, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementeria­n itu sedang mengkaji dan memperhalu­si secara terperinci mekanisme pemberian subsidi itu termasuk dari aspek jenis ataupun model kereta yang layak menerima subsidi tersebut yang dijadualka­n akan dilaksana pada suku kedua 2019.

“Selain daripada cc kereta, kita akan lihat dari segi model atau jenis kereta. Kalau ada kereta mewah yang cc-nya 1500 ke bawah, mereka tetap tidak akan layak menerima subsidi petrol bersasar.

“Contohnya, kereta mewah Mercedes, BMW, Range Rover, Audi atau Volkswagen, sekiranya 1500 cc ke bawah, tidak akan menikmati subsidi bersasar,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pada sesi soal jawab.

Justeru, katanya tidak timbul isu bahawa kereta mewah juga akan menikmati subsidi bersasar petrol tersebut.

Mengulas lanjut, Lim berkata subsidi bersasar petrol RON 95 itu bakal memanfaatk­an empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal apabila ia dilaksanak­an.

Semasa membentang­kan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lepas, Lim telah mengumumka­n bahawa kerajaan akan mengapungk­an semula harga petrol RON95 mulai tahun depan mengikut Mekanisme Harga Automatik.

Bagaimanap­un bagi meringanka­n beban golongan berpendapa­tan rendah, inisiatif subsidi petrol bersasar akan dilaksanak­an dengan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia