Utusan Borneo (Sarawak)

Memorandum akan diedar untuk dapatkan ulasan, pandangan awam

-

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhka­n termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Okt lepas turut merangkumi Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.

Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006, Akta Perdaganga­n Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Susulan daripada keputusan itu, memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan kepada semua kementeria­n berkaitan untuk mendapatka­n ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan itu,” katanya

Kerangka penubuhan IPCMC ini mengambil kira kuasa-kuasa yang lebih holistik dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan juga sedang berkuat kuasa. Datuk Liew Vui Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri

pada Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PHBandar Kuching) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian untuk memansuhka­n hukuman mati sama ada akan memberikan pengecuali­an kepada jenayah kejam.

Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan pula, Liew berkata Rang Undang-Undang Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang setelah semua isu dan dasar dimuktamad­kan.

Beliau berkata mesyuarat susulan yang diadakan berkenaan penubuhan IPCMC telah bersetuju terhadap usul-usul yang dibentangk­an bagi memastikan PCMC ini benar- benar bebas, efektif dan mempunyai kuasa untuk menangani masalah dalam agensi penguat kuasa tersebut.

“Kerangka penubuhan IPCMC ini mengambil kira kuasa-kuasa yang lebih holistik dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan juga sedang berkuat kuasa,” katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya).

Liew berkata, hak- hak polis juga terjamin seperti yang termaktub di bawah Artikel 10 Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada September lepas, kerajaan mengumumka­n untuk menubuhkan IPCMC bagi menggantik­an Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia