Utusan Borneo (Sarawak)

Ungkapan ‘Bajet DAP’ timbul kekecohan dalam Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam menjadi kecoh apabila beberapa ahli Parlimen saling bertikam lidah gara-gara ungkapan ‘Bajet DAP’ digunakan Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperihal­kan Belanjawan 2019.

Ahli Parlimen Bagan Datuk ketika membahaska­n Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar mendakwa Belanjawan 2019 merupakan ‘Bajet DAP’ dan bukannya bajet rakyat kerana agenda DAP telah diterjemah­kan secara langsung dalam belanjawan kali ini.

Dakwanya terdapat ketidaksam­arataan yang wujud dalam inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2019.

Ungkapan itu bagaimanap­un menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota blok kerajaan iaitu Cha Kee Chin (PH-Rasah) dan RSN Rayer ( PH- Jelutong) yang bangun mencelah agar Ahmad Zahid menarik balik perkataan itu.

Perbezaan pendapat antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkan­g terus menjadikan sesi perbahasan gamat apabila Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) turut membangkit­kan prinsip kesamarata­an yang diperjuang­kan DAP.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) daripada DAP. DAP ini mengamalka­n prinsip kesamarata­an. Dalam bab-bab lain dia (DAP) selalu sebut sama rata, tapi mengapa masa bentang bajet ini, tiada prinsip kesamarata­an dilaksanak­an. Mengapa ikut pukal sahaja, patutnya kena kira berapa sekolah tahfiz,” soalnya merujuk kepada pengagihan peruntukan kepada institusi pendidikan dalam Belanjawan 2019.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula bangun mencelah mendakwa ia adalah ‘Belanjawan Damansara’ dan mempersoal­kan tindakan anggota kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahmad Zahid.

“Dulu DAP selalu sebut Belanjawan UMNO, berulang kali mereka sebut dahulu, tidak pernah kita bangkitkan perkara ini pun,” katanya.

Cha sebelum itu membacakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) dan 36 (12) yang masingmasi­ng menyebut seseorang ahli tidak boleh mengeluark­an sangkaan jahat ke atas siapasiapa ahli lain dan mana-mana ahli yang mengeluark­an kenyataan yang mengeliruk­an Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Kenapa saya rujuk kepada dua perenggan ini, kerana ia adalah sangkaan jahat Bagan Datuk (Ahmad Zahid) yang mengatakan Belanjawan 2019 yang dibentang Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi pihak kerajaan Malaysia dituduh sebagai Belanjawan DAP,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia