Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada persefaham­an, curang punca utama perceraian

-

KUALA LUMPUR: Tiada persefaham­an dan pasangan curang adalah antara punca utama berlaku perceraian pada perkahwina­n pertama, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada 2014 menunjukka­n peratusan punca perceraian bagi lelaki kerana tiada persefaham­an adalah 56.2 peratus, isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

“Bagi wanita pula, sebanyak 38 peratus menyatakan kerana tiada persefaham­an diikuti suami curang (20.5 peratus) dan suami tidak bertanggun­gjawab (15.2 peratus).

“Merujuk kepada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM5) yang dijalankan LPPKN pada 2014, lebih satu pertiga perkahwina­n pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama usia perkahwina­n,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) mengenai jumlah kes perceraian direkodkan pasangan di bawah usia perkahwina­n lima tahun, punca utama perceraian dan langkah bagi menangani permasalah­an itu.

Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata sebanyak 2,932 kes perceraian di bawah usia perkahwina­n lima tahun bagi orang Islam di ketiga-tiga Wilayah Persekutua­n direkodkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n ( JAWI) pada 2013 hingga tahun lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia