Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan mempersoal perkara asas Perlembaga­an Persekutua­n perlu segera ditangani dan dibanteras: Sultan Selangor

-

SHAH ALAM: Tindakan golongan tidak bertanggun­gjawab mempersoal­kan kesucian agama Islam, keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n perlu segera ditangani dan dibanteras.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoal­kan perjanjian ‘ kontrak sosial’ yang telah dipersetuj­ui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaa­n.

Baginda bertitah, perjanjian yang telah dipersetuj­ui ini telah diterjemah­kan ke dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

“Walau berulang kali beta telah menyentuh tentang isuisu ini, namun beta akan terus bersuara dan menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur dalam cubaan golongan tertentu mengikis kuasa dan keistimewa­an yang telah termaktub di dalam Perlembaga­an Persekutua­n ini.

“Peranan raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutua­n dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera tanpa mengetepik­an hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahan­kan,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah pada program Multaqa Sultan Sharafuddi­n Idris Shah 2018, Seminar Pemikiran Liberalism­e dan Pluralisme serta Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Ab Wahid dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Sultan Sharafuddi­n dalam pada itu menzahirka­n rasa dukacita apabila terdapat pemimpin beragama Islam menyokong tuntutan golongan liberal sedangkan pemikiran liberal jelas bertentang­an dengan ajaran Islam sebenar.

“Fahaman liberalism­e ini telah berjaya mempengaru­hi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang menuntut kesamarata­an gender, perkahwina­n sesama jantina, menolak para ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwina­n, menghalalk­an perkahwina­n orang Islam dengan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati.

“Beta amat khuatir jika pemikiran ini tidak dibendung secara serius, ia mungkin akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancur­kan agama Islam di negara ini dan dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada kita semua,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah baginda tidak mahu Selangor menjadi pusat penyebaran ideologi fahaman- fahaman sesat sebegini.

Justeru, baginda mengingatk­an Jabatan Agama Islam Selangor supaya memantapka­n tindakan penguatkua­saan terhadap semua pihak yang didapati cuba menyebarka­n sebarang bentuk fahaman bertentang­an dengan ajaran Islam atau yang telah difatwakan sesat dan menyelewen­g.

“Program- program kesedaran berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam dan program pengukuhan akidah juga perlu dipertingk­atkan bermula dari peringkat sekolah lagi serta di masjid dan surau seluruh Selangor,” titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n turut menzahirka­n rasa amat dukacita apabila mendapati ada umat Islam yang tidak mempunyai kepakaran dalam membicarak­an isu berkaitan hukum Islam mempertika­ikan fatwa dikeluarka­n oleh Selangor yang telah diputuskan dan diwartakan.

Baginda bimbang pertikaian itu dibuat secara terbuka dan ia boleh menyebabka­n umat Islam menjadi keliru, berbalah dan berpecah-belah.

“Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa negeri Selangor yang dikeluarka­n ia tidak perlu dibahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran tertentu bagi menyuaraka­n pendapat mereka berkaitan sesuatu fatwa yang dipertikai­kan tersebut.

“Beta percaya jika pendekatan ini diambil, perbincang­an secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan dengan sesuatu fatwa,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR BUKU FATWA: Sultan Sharafuddi­n (dua kiri) ditemani Amirudin (kanan) dan Mohd Tamyes (kiri) ketika melancarka­n Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan pada Program Multaqa Sultan Sharafuddi­n Idirs Shah Tahun 2018 Seminar Pemikiran Liberalism­e dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah di Dewan Jubli Perak Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR BUKU FATWA: Sultan Sharafuddi­n (dua kiri) ditemani Amirudin (kanan) dan Mohd Tamyes (kiri) ketika melancarka­n Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan pada Program Multaqa Sultan Sharafuddi­n Idirs Shah Tahun 2018 Seminar Pemikiran Liberalism­e dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah di Dewan Jubli Perak Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia