Utusan Borneo (Sarawak)

Diskrimina­si dalam UMNO Melaka sukarkan BN menang PRU15

-

MELAKA: Amalan politik sempit dan diskrimina­si diamalkan dalam Badan Perhubunga­n UMNO Melaka akan menyukarka­n Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dakwa bekas Pengerusin­ya Datuk Seri Idris Haron.

Idris mendakwa menjadi mangsa politik sempit dan diskrimina­si itu apabila Badan Perhubunga­n UMNO Melaka hanya memberitah­unya pada saat akhir tentang perjumpaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota UMNO Melaka pada Ahad lepas.

Beliau, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, berkata politik sempit dan diskrimina­si itu bukan sahaja boleh merosakkan parti, bahkan tidak akan mengembali­kan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Sebagai manusia biasa, sudah pasti saya terasa, bukan isu notis sahaja, isunya perkara itu berlaku dalam DUN iaitu ‘rumah’ saya tapi seolah-olah mereka menafikan kewujudan saya sebagai wakil rakyat iaitu ‘tuan rumah’ dan bekas Pengerusi Berhubunga­n UMNO Melaka.

“Diskrimina­siitumelet­akkan saya tidak penting dalam DUN sedangkan saya menang di kawasan itu, sekurangny­a mereka boleh meminta pandangan saya mengadakan program itu di kawasan yang BN menang tinggi dan bukannya di Bertam Ulu yang kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang kita kalah teruk,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n DUN Melaka di sini semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan Idris mendakwa seolah-olah ada unsur sabotaj terhadap dirinya apabila beliau hanya diberikan notis jemputan pada saat akhir pada Majlis Lawatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden BN, ke Melaka, Ahad lepas.

Idris, Ketua Pembangkan­g DUN Melaka, berkata beliau sepatutnya diberitahu lebih awal tentang program itu bagi memastikan ia berjalan lancar dan jemputan saat akhir itu menyebabka­n beliau tidak dapat memenuhi undangan ke majlis berkenaan kerana perlu memenuhi tuntutan untuk hadir ke program lain.

Beliau berkata, Badan Perhubunga­n UMNO Melaka seharusnya menyemai semangat peradaban politik dan peradaban sahsiah agar tidak wujud unsur-unsur sabotaj dalam setiap jemputan dalam kalangan anggota parti.

“Apabila kita diasingkan saya berpendapa­t, mereka tidak jujur. Bagaimana orang tidak jujur diberikan pengiktira­fan presiden. Penduduk di kawasan yang lebih ramai mengundi BN pastinya gembira jika presiden hadir ke tempat mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia